Thursday, May 10, 2007

Semasa bekaut (berwudhu)


Assalamu'alaikum to semua.

Segala puji2an hanya bagi Allah. Beberapa hari yang lalu ana terfikir tentang sesuatu. Perkara ini mungkin ada diantara antum yang sedar dan ada juga yang tidak sedar. Salah satu anggota badan yang wajib dicuci semasa berwudhu ialah kaki hingga buku lali. Kalau diperhatikan membasuh kaki sampai buku lali adalah perkara yang mudah tetapi kalau kita perhatikan bersama, bahagian yang susah masuk air ialah kuku especially your big toe. Kalau antum lihat kuku antum..disana terdapat kesan kotoran yang seperti tidak ada apa2 yang kotor tapi ingat, jika air wudhu tida sempurna, bagaimana pula sembahyang kita akan naik ke langit?

Benar, kita boleh tawakkal tapi tawakkal tanpa usaha adalah orang yang jahil and in this case Rasulullah selalunya bertawakkal (berserah diri kepada Allah) kerana Rasulullah selalu sedekah sampai habis and then ada salah seorang sahabat ingin mengikuti jejak Baginda tetapi dillarang oleh Rasul kerana Rasulullah is an extremely special kind of human.

Basically, tawakkal mesti disertakan dengan usaha. Balik kpd kuku tadi, kita mesti usaha untuk membersihkan kawasan itu sebersih bersihnya (not unless ianya memudaratkana) then selepas itu barulah bertawakkal.

At first, I was a bit against manicure and pedicure tetapi selepas ana fikirkan kembali, its actually good tapi niat mesti lurus, kalau ingin menunjuk-nunjuk kepada yang bukan mahram and bekolor kolor, tidak ada gunanya. Allah suka perkara yang bersih dan hanya menerima yang bersih. Niat for pedicure or manicure boleh menghasilkan pahala jika kita niat untuk Allah agar semasa berwudhu, kita akan lebih yakin dan bersih.


perhatian: cuba antum lihat semula cara antum bewudhu, barangkali disebabkan oleh wudhu sambil lewa menjadikan ia tidak sah and apabila wudhu tidak sah, sembahyang pun tidak diterima and when solat tidak diterima, buat maksiat pun seperti haparaaa...

Firman Allah.."Sesungguhnya solah itu mencegah daripada (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar..." (al-Ankabut:45)

Kebanyakan mereka (manusia) tidak bersyukur (petikan dari Al Qur'an)

Read On......

Wednesday, May 9, 2007

Neraka WAIL bagi orang yang SEMBAHYANG

Ketani semua Hamba Allah, ingat!

Segala Kehormatan, Kebajikan, Kebaikan dan Kebesaran Hanya Untuk Allah.

As I mentioned earlier in my previous blog, solat mengajar kita untuk lebih prihatin dan bersyukur kepada NYA. Ana ada terbaca buku yang bertajuk “Neraka WAIL bagi OrAnG yang SEMBAHYANG!!?? SeMasa ana melihat buku itu, ana seperti orang yang hendak melompat. I mean orang sembahyang pun boleh masuk neraka? sedangkan kita sudah mengerjakan solat. Selepas membaca buku tersebut, baru ana faham intipati buku itu.

Secara amnya, buku ini mungkin berguna bagi kita semua kerana buku ini mengupas pengertian yang sebenar tentang solat yang sebenar-benarnya. One of the things yang menguatkan ana untuk berusaha untuk memperbaiki keadaan ana ialah kerana kalau kita niat sembahyang, kita MESTI niat hanya untuk ALLAH, kalau kita niat benda yang selain Tuhan, alamat mampus aku...

SEMBAHYANG..

BUKAN KERANA TERPAKSA

BUKAN KERANA RIA (MENUNJUK NUNJUK)

BUKAN KERANA MINTA PUJI

BUKAN KERANA MAhU NAIK PANGAT

BUKAN KERANA MAhU Kena gelar oRANG ALIM

BUKAN KERANA MAhU MASUK SYURGA

akan TAPI kita hendaklah niat sembahyang untuk MENDAPAT KEREDHAAN-NYA. Remember kita solat atau tidak, Tuhan tidak akan rugi kerana Dia Pencipta yang tidak berkehendak kepada siapa2. Kita yang semesti mengampu (pujuk) untuk mendapatkan kasih dan cinta-NYA yang abadi.

Cuba antum fikirkan tentang couple2 atau mereka yang sudah bersuami atau beristeri..[ape2 aje la!] Antum (kamu) akan cuba untuk berbuat apa saja untuk menyedapkan (nyamankan) rasa pasangan antum, antum akan belikan dia barang dia suka, antum akan menyambut isteri or laki antum dengan senyuman dan pakaian seksi atau antum rela mendaki gunung everest untuk pasangan sah antum atau membeli barang2 yang diidamkannya. Apa yang antum buat sudah tantu akan membuat mereka gumbira sakan (gembira) dan ini dengan secara langsung akan membuat kita happy kan? Iye tak iye...

THEN WHY ARAH ALLAH KITA TIDAK MAMPU BERBUAT YANG SAMA? Sedangkan kita adalah hamba2nya yang lemah, selalu berceloteh, selalu meminta, selalu sedih, selalu berharap, dan seterusnya. Sebenarnya manusia hakikatnya lemah and sikap manusia ada disebut oleh Allah didalam Al Qur’an. Ana minta maaf kerana tidak ingat ayat dan surah berapa. Diharap sesiapa yang tahu boleh tunjukkan, I beg for your assistance and please correct me if wrong.

Sesungguhnya, Allah suka kepada orang yang berbuat kebaikan dan Allah benci orang muda yang malas dan orang yang meminta2 keran meminta itu akan merendah harga diri seseorang.

Yang dimaksudkan dengan neraka wail bagi orang yang sembahyang itu adalah orang2 yang lalai semasa sembahyang, memikirkan perkara dunia semasa sembahyang walaupun mulutnya berkumat kamit, dan tidak dapat menumpukan perhatian. Ini adalah sembahyang orang2 munafiq dan orang munafiq ini dibuang ke Neraka Jahannam, yang kekal abadi. Nau’dzubillah. Sebenarnya pengertian lalai ini sangat luas. Ana akan menyambung penulisan ini disesi yang lain, insya Allah.

Wassalam

Read On......

Petikan dari buku fadhilat amal - solat (continuous..) 29.5.07

Para sufi berkata bahawa dalam solat terdapat dua belas ribu keberkatan yang Allah Ta'aala berikan menerusi dua belas perkara. Kesemua perkara ini sangat penting diberi perhatian supaya solah menjadi sempurna dan memperoleh faedah yang sepenuhnya. Dua belas perkara itu adalah seperti berikut:

1) Ilmu, Rasulullah bersabda bahawa amal yang sedikit yang disertai dengan ilmu adalah lebih baik daripada amal yang banyak dalam keadaan jahil.

Ilmu mempunyai tiga bahagian
1) Mengetahui perkara2 fardhu dan sunat dalam hukum ahkam agama,
2) Mengetahui perkara2 yang fardhu dan sunat dalam solat
3) Mengetahui cara2 tipu daya syaitan untuk merosakkan solah.

2) wuduk, juga mempunyai tiga bahagian:

1) Mensucikan hati daripada perasaan hasad dan dengki sebagaimana anggota zahiriah dibersihkan
2) Anggota2 zahir perlu berada dalam keadaan suci daripada dosa
3) Anggota wuduk hendaklah dibersihkan dengan sempurna TANPA MEMBAZIRKAN AIR.

3) Pakaian. Mempunyai tiga bahagian:

1) Memperolehnya daripada sumber yang halal

2) Hendaklah suci
3) Pakaian hendaklah dipakai mengikut sunnah yakni jangan labuh sehingga menutupi buku lali & jangan dipakai dengan perasaan takabur dan besar diri.


4) Waktu.
Juga mempunyai tiga bahagian yang sangat penting dan patut diambil berat:

1) Mengambil berat tentang kedudukan matahari, bintang dan sebagainya supaya dapat
mengetahui waktu solah yang betu (pada zaman kita jam dapat digunakan untuk tujuan tersebut)
2) Berwaspada tentang azan
3) Hati sentiasa mengingati waktu solah supaya tidak berlalu tanpa disedari

5) Mengadap Qiblat. Mempunyai tiga perkara yang perlu diambil berat iaitu:

1) Anggota zahir mengadap ke arah qiblat
2) Hati tawajuh kepada Allah SWT kerana Dialah kaabah kepada hati
3) Menghadap dengan penuh tawajuh di hadapan Allah SWT sebagaimana selayaknya.

6) Niat. Memempunyai tiga perkara

1) Mengetahui solah yang hendak dikerjakan
2) Sedar bahawa kita berdiri di hadapan Allah SWT dan Dia sedang melihat kita
3) Sedar bahawa Allah SWT juga mengetahui segala yang terkandung dalam hati kita.

7) Takbiratul-ihram. Semasa mengangkat takbir, 3 perkara juga perlu diambil perhatian.

1) Sebutan hendaklah betul
2) Mengangkat tangan sehingga ke telinga seolah-olah telah membuang kebelakang segala-galanya selain Allah SWT

3) Ketika 'Allahu Akbar' disebut hati hendaklah penuh dengan kebesaran dan keagungan Allah

8) Qiam. Berdiri tegak juga mempunyai tiga bahagian.

1) Pandangan hendaklah tertumpu ke tempat sujud
2) Hati hendaklah membayangkan bahawa kita sedang berdiri di hadapan Allah
3) Jangan memberi perhatian kepada perkara-perkara yang lain

Sesiapa yang melihat ke sana ke sini semasa bersolah adalah seumpama seorang yang mendapat peluang menghadap raja selepas bersusah payah memujuk dan mera
yu pengawal-pengawal istana. Apabila raja mula memberi perhatian kepadanya dia pula mulai melihat ke sana ke sini. Dalam keadaan sedemikian bagaimana pula raja akan memberi perhatian kepadanya?

9) Qiraat. (Bacaan ayat-ayat dalam Al Qur'an) Juga mempunyai tiga perkara.

1) Membaca dengan tartil
2) Hayatilah makna bacaan ayat-ayat al Qur'an dan
3) Mengamalkan segala yang dibaca

10) Rukuk. Mempunyai tiga perkara.


1) Belakang hendaklah lurus, tidak ke bawah dan tidak ke atas (ulamak memberitahu bahawa kepala, belakang dan pinggang hendaklah berkeadaan lurus)
2) Jari-jari tangan direnggangkan sewaktu memegang lutut
3) Bertasbih dalam keadaa tenang serta hati penuh dengan kebsesaran Allah SWT.

11) Sujud. Mempunyai tiga perkara yang perlu diambil perhatian.


1) Semasa sujud kedua-dua tapak tangan perlu sejajar dengan telinga
2) kedua-dua siku ditinggikan dari lantai
3) Membaca tasbih dengan rasa kebesaran terhadap Allah


12) Duduk ketika tahiyat. Tiga perkara perlu diketahui.

1) Tegakkan tapak kaki kanan dan duduk diatas kaki kiri (pada tahyat awal). Seperti gambar berikut:


2) Bacalah tahyat dengan penuh khuysuk dan rasa kebesaran Allah SWT serta menghayati bacaan dalam tahiyat kerana dalam bacaan itu mengandungi selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan doa untuk orang mukmin
3) Semasa memberi salam hendaklah berniat untuk mengucap salam kepada para malaikat serta kepada mereka yang berada di sebelah kanan dan kiri.

Read On......

Tuesday, May 8, 2007

Sifat sifat yang wajib & mustahil bagi Allah

Sifat sifat yang wajib , mustahil dan harus bagi Allah

Sifat-sifat yang wajib 20 serta mustahil 20 bagi Allah iaitu

1. wujud ertinya : Ada , dan mustahil bagiNya bersifat tiada

2. Qidam ertinya : dahulu atau sedia . Mustahil bagiNya bersifat ‘ baharu’

3. Baqa’ ertinya : kekal . Mustahil bagiNya bersifat “ Fana” atau “sementara”

4. Muhkalafafuhi Li’l Hawaditsi , ertinya :Berlainan Ia dengan segala yang baharu. Dan mustahil bagiNya bersifat “sama dengan segala yang baharu”.

5. Qiyamuhu Bi Nafsihi , ertinya :Berdiri Ia dengan sendirinya. Dan mustahil bagi Allah “ berdiri dengan lainNya”

6. Wahdaniyah , ertinya :Maha Esa . Dan mustahil bagi Allah bersifat “ berbilang”.

7. Qudrat , ertinya :Maha Kuasa . Dan mustahil baginya bersifat “ lemah”

8. Iradat , ertinya : Maha menentukan . Dan mustahil bagiNya bersifat “ terpaksa “.

9. Ilmu,ertinya :Maha mengetahui . Dan mustahil bagi Allah bersifat “ jahil” atau “ bodoh”.

10. Hayat , ertinya :Maha Hidup. Dan mustahil bagi Allah bersifat “ mati”.

11. Sama’ , ertinya : Maha mendengar . Dan mustahil bagiNya bersifat “ pekak”.

12. Bashar , ertinya :Maha melihat . Dan mustahil bagiNya bersifat “ buta”.

13. Kalam , ertinya :Maha Berkata-kata . Dan mustahil bagiNYa bersifat “ Bisu “.

14. Kaunuhu Qadirun ertinya : Keadaan Allah yang Maha Berkuasa . Dan mustahil baginya berkeadaan “ lemah”

15. Kaunuhu Muridun , ertinya : Keadaan Allah Yang Maha Menentukan . Dan mustahil bagiNya berkeadaan “ terpaksa “.

16. Kaunuhu ‘alimun , ertinya : keadaan Allah Yang Maha Mengetahui . Dan mustahil bagi Allah berkeadaan “ bodoh”.

17. Kaunuhu Hayyun , ertinya : Keadaan Allah yang Maha Hidup. Dan mustahil bagiNya berkeadaan “ Mati”.

18. Kaunuhu sami’un , ertinya : Keadaan Allah Yang Maha Melihat . Dan mustahil bagiNya berkeadaan “buta”

19. Kaunuhu Bashirun , ertinya : Keadaan Allah Yang Maha Melihat . Dan mustahil bagi Allah berkeadaan “ buta “.

20. Kaunuhu Mutakalimun , ertinya: Keadaan Allah yang Maha Berkata-kata. Dan mustahil bagiNya berkeadaan “ Bisu”.

dipetik dari http://helwaipj.tripod.com/akidah.htm

Read On......