Petikan dari buku fadhilat amal - solat (continuous..) 29.5.07
Para sufi berkata bahawa dalam solat terdapat dua belas ribu keberkatan yang Allah Ta'aala berikan menerusi dua belas perkara. Kesemua perkara ini sangat penting diberi perhatian supaya solah menjadi sempurna dan memperoleh faedah yang sepenuhnya. Dua belas perkara itu adalah seperti berikut:
1) Ilmu, Rasulullah bersabda bahawa amal yang sedikit yang disertai dengan ilmu adalah lebih baik daripada amal yang banyak dalam keadaan jahil.
Ilmu mempunyai tiga bahagian
1) Mengetahui perkara2 fardhu dan sunat dalam hukum ahkam agama,
2) Mengetahui perkara2 yang fardhu dan sunat dalam solat
3) Mengetahui cara2 tipu daya syaitan untuk merosakkan solah.
2) wuduk, juga mempunyai tiga bahagian:
1) Mensucikan hati daripada perasaan hasad dan dengki sebagaimana anggota zahiriah dibersihkan
2) Anggota2 zahir perlu berada dalam keadaan suci daripada dosa
3) Anggota wuduk hendaklah dibersihkan dengan sempurna TANPA MEMBAZIRKAN AIR.
3) Pakaian. Mempunyai tiga bahagian:
1) Memperolehnya daripada sumber yang halal
2) Hendaklah suci
3) Pakaian hendaklah dipakai mengikut sunnah yakni jangan labuh sehingga menutupi buku lali & jangan dipakai dengan perasaan takabur dan besar diri.
4) Waktu. Juga mempunyai tiga bahagian yang sangat penting dan patut diambil berat:
1) Mengambil berat tentang kedudukan matahari, bintang dan sebagainya supaya dapat mengetahui waktu solah yang betu (pada zaman kita jam dapat digunakan untuk tujuan tersebut)
2) Berwaspada tentang azan
3) Hati sentiasa mengingati waktu solah supaya tidak berlalu tanpa disedari
5) Mengadap Qiblat. Mempunyai tiga perkara yang perlu diambil berat iaitu:
1) Anggota zahir mengadap ke arah qiblat
2) Hati tawajuh kepada Allah SWT kerana Dialah kaabah kepada hati
3) Menghadap dengan penuh tawajuh di hadapan Allah SWT sebagaimana selayaknya.
6) Niat. Memempunyai tiga perkara
1) Mengetahui solah yang hendak dikerjakan
2) Sedar bahawa kita berdiri di hadapan Allah SWT dan Dia sedang melihat kita
3) Sedar bahawa Allah SWT juga mengetahui segala yang terkandung dalam hati kita.
7) Takbiratul-ihram. Semasa mengangkat takbir, 3 perkara juga perlu diambil perhatian.
1) Sebutan hendaklah betul
2) Mengangkat tangan sehingga ke telinga seolah-olah telah membuang kebelakang segala-galanya selain Allah SWT
3) Ketika 'Allahu Akbar' disebut hati hendaklah penuh dengan kebesaran dan keagungan Allah
8) Qiam. Berdiri tegak juga mempunyai tiga bahagian.
1) Pandangan hendaklah tertumpu ke tempat sujud
2) Hati hendaklah membayangkan bahawa kita sedang berdiri di hadapan Allah
3) Jangan memberi perhatian kepada perkara-perkara yang lain
Sesiapa yang melihat ke sana ke sini semasa bersolah adalah seumpama seorang yang mendapat peluang menghadap raja selepas bersusah payah memujuk dan merayu pengawal-pengawal istana. Apabila raja mula memberi perhatian kepadanya dia pula mulai melihat ke sana ke sini. Dalam keadaan sedemikian bagaimana pula raja akan memberi perhatian kepadanya?
9) Qiraat. (Bacaan ayat-ayat dalam Al Qur'an) Juga mempunyai tiga perkara.
1) Membaca dengan tartil
2) Hayatilah makna bacaan ayat-ayat al Qur'an dan
3) Mengamalkan segala yang dibaca
10) Rukuk. Mempunyai tiga perkara.
1) Belakang hendaklah lurus, tidak ke bawah dan tidak ke atas (ulamak memberitahu bahawa kepala, belakang dan pinggang hendaklah berkeadaan lurus)
2) Jari-jari tangan direnggangkan sewaktu memegang lutut
3) Bertasbih dalam keadaa tenang serta hati penuh dengan kebsesaran Allah SWT.
11) Sujud. Mempunyai tiga perkara yang perlu diambil perhatian.
1) Semasa sujud kedua-dua tapak tangan perlu sejajar dengan telinga
2) kedua-dua siku ditinggikan dari lantai
3) Membaca tasbih dengan rasa kebesaran terhadap Allah
12) Duduk ketika tahiyat. Tiga perkara perlu diketahui.
1) Tegakkan tapak kaki kanan dan duduk diatas kaki kiri (pada tahyat awal). Seperti gambar berikut:
2) Bacalah tahyat dengan penuh khuysuk dan rasa kebesaran Allah SWT serta menghayati bacaan dalam tahiyat kerana dalam bacaan itu mengandungi selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan doa untuk orang mukmin
3) Semasa memberi salam hendaklah berniat untuk mengucap salam kepada para malaikat serta kepada mereka yang berada di sebelah kanan dan kiri.
1 comment:
Salam...terima kasih atas perkongsian ilmu.teruskan membuat ringkasan mengenai ibadat asas dalam islam.saya suka cara saudara ini sebab saudara ada rujukan.ringkas dan padat.sesuai untuk orang yang x mampu nak baca buku tebal2.adios =p
Post a Comment