Saturday, September 26, 2009

GPS

Assamu'alaikum warahmatullah. Segala puji-pujian kepada Tuhan yang menghidupkan dan yang mematikan yang mempunyai sifat2 yang Maha Tinggi lagi Maha Terpuji.

Setelah sebulan melalui proses tarbiyah diri yang pendek, orang2 yang sebelumnya menjaga diri mereka dari setiap perkara yang keji dan mungkar sekarang kembali kepada kehidupan yang sebelumnya, iaitu kehidupan bersama iblis laknatullah.

Cabaran yang ditempuh oleh seorang manusia itu berbeza-beza dan bertingkat-tingkat tertakluk kepada kekuatan iman ataupun kemurinian akhlaq dan aqidah mereka. Dan Allah juga telah memperingatkan kepada kita bahawa Dia tidak akan membebani seorang itu melainkan menurut kesanggupannya.

Nah, jika kita perhatikan dari sudut strategi yang dipasang oleh iblis dan syaitan laknatullah, sudah pasti mereka akan pastikan bahawa setiap bala tentera yang dihantar adalah mengikut kadar ataupun kekuatan dan kelemahan yang ada pada sesuatu kaum.

Sebagai contoh, orang yang tidak percaya bahawa adanya kehidupan akhirat, iblis dan syaitan tidak perlu bersusah payah menghasut orang tersebut kerana 'mindset' orang tersebut memang sudah terdedah kepada perkara2 yang maksiat lagi berdosa.

Berlainan pula halnya jika syaitan berdepanan dengan seorang alim yang wara' lagi zuhud. Raja iblis akan memastikan bahawa pasukan yang dihantar adalah terdiri daripada ahli2nya yang "kuat" dan lebih manis cara hasutannya.

Kalau kanak2 pula yang berumur dalam lingkungan 10 tahun, iblis tidak perlu menghantar beribu-ribu tentara hanya untuk membuatkan kanak2 tadi menganggu mereka yang sedang berjemaah di dalam masjid. Mungkin yang hanya dihantar hanyalah seekor syaitan yang juga kanak2.

Sesunggguhnya Allah adalah sebaik-baik Perancang dan lebih tahu nasib kita di dunia, apalagi di akhirat kelak.

Bagi mereka yang pernah menggunakan alat GPS ataupun Global Positioning System akan mendapati bahawa alat tersebut adalah sangat berguna apabila mereka berada di suatu tempat yang tidak pernah di lalui.

Bukan saja ia tahu kedudukan kita, tetapi ianya juga memberitahu cara untuk pergi ke sesuatu tempat. Setiap jarak, masa dan tempat akan disebutkan dengan jelas dan sekiranya kita tersalah jalan, ianya akan berkata, "recalculating" dan selepas itu, ia akan memberikan kita arah baru bagi tujuan asal kita.

Alat ini juga mempunyai maklumat mengenai tempat restoran2 baik dari masakan barat ataupun masakan jepun, tempat membeli minyak, kedai2 berhampiran, hotel2 dan sebagainya. Kita merasa senang dengan adanya kemudahan tersebut..

Sebenarnya, fungsi GPS dan Al-Quran adalah lebih kurang sama tetapi lebih mengarah kepada Al Quran dan Sunnah Nabi kerana kita sebenarnya berada di dalam sebuah perjalanan yang panjang.

Bagi yang sudah tahu, tujuan asal kita ialah untuk beribadah dan memastikan bahawa undang2 islam itu didirikan agar manusia semua baik bukan islam atau tidak dapat merasakan ketenangan ataupun keadilan yang ada dalam islam itu sendiri.

Setiap perbuatan, setiap masalah, setiap kemusykilan yang kita hadapi ataupun yang mungkin kita hadapi, Allah sudah menyediakn pentujuk untuk kita ikuti. Jika kita tersesat jalan ataupun telah melakukan sesuatu dosa ataupun maksiat, Allah menyuruh kita bertaubat dan kembali ke jalan yang lurus.

Allah dan rasulNya menginginkan agar kita semua terselamat daripada godaan dan tipu daya syaitan. Oleh sebab itu, di dalam hadis yang sahih, Rasulullah pernah bersabda bahawa lebih kurang, "berpegang teguhlah kamu kepada Al Quran dan sunnahku, agar kamu selamat.."

Apa halnya pula jika kita tidak menggunakan GPS untuk mencapai sesuatu destinasi dan hanya bergantung kepada setiap orang yang dijumpai dijalanraya ataupun dengan hanya menggunakan google map. Besar kemungkinan, kita tidak akan dapat mencapai destinasi kita dengan lancar.

Kenapa tidak? Mungkin peta ataupun map yang kita ada sudah lama ataupun outdated, sekali saja kita tersesat jalan, kita terpaksa memusingkan kereta kita dan bertanya kepada sesiapa sahaja yang berada di tempat tersebut.

Coba kita tanya sekarang, pernahkah kita tersesat jalan lalu bertanya kepada orang2 yang berada di sekitar tempat tersebut dan mendapati bahawa orang tersebut memberikan kita direction ataupun jalan yang salah? Banyak kali?

Begitulah juga dengan GPS, barang2 yang dicipta oleh manusia tidak akan selamanya sempurna kerana manusia tidak akan faham seratus peratus tentang manusia dan alat ataupun barang2 tersebut selalunya terdedah kepada banyak kekurangan.

Sebagai contoh, jika sekiranya alat GPS tersebut mempunyai data ataupun maklumat yang tidak terkini, mungkin jalan yang di"umumkan" itu akan membawa kita ke liang kubur. Apa pula halnya jika GPS tersebut tidak semena-mena mati. Kita mungkin akan menjadi panik terutama sekali apabila kita berada di tengah malam yang sunyi.

Jadi, kita mendapati bahawa walaupun GPS dapat memberikan kita tunjuk ajar dan jalan untuk pergi ke sesebuah tempat itu, ianya tidak dapat memberikan kita tunjuk ajar secara sepenuhnya di dalam kehidupan, hanya di dalam kereta.

Itulah perbezaan dan juga sedikit persamaan di antara Al Quran dan GPS, kitab Allah yang ke-4 yang diturunkan melalui malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad merangkumi cara menjalani kehidupan kita sehari-hari.

Sayangnya, banyak manusia pada abad ini lebih berpandukan kepada cara kehidupan orang2 barat yang bukan islam. Cara pakai, cara makan, cara bercakap, cara bergaul di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahran dan yang anjabi, cara melayan tetamu, cara menjalankan jual-beli, cara menetapkan hukum, cara mengurus pentadbiran negara dan seterusnya.

Kebanyakannya masih lagi ter"paut" dengan ketetapan yang ditetapkan oleh musuh2 islam dan bukan ketetapan yang telah termaktub di dalam Al Quran dan yang diajar oleh baginda Rasulullah.

Oleh sebab itu, kita hendaklah sedar bahawa hanya dengan perpandukan kehidupan hidup kita dengan Al Quran dan sunnah Nabi kita akan selamat. Bukan setakat belajar tetapi lebih baiknya ialah MEMAHAMI dan betul2 mempratikkan ilmu yang dipelajari.

Berikanlah kami hidayahMu yang berterusan ya Allah. Allah Maha Mengetahui.

No comments: