Sebelum Keluar
Di dalam keghairahan kita mengajak manusia kepada jalan haq, kita perlu memeriksa diri kita pada setiap waktu yang terluang kerana dengan berbuat demikian, kita akan lebih sedar di bumi siapa kita sejak berpijak. Jika kita demam, sesema, batuk2, sakit badan dan sebagainya, hampir kesemua daripada kita akan pergi berjumpa dengan doktor dengan harapan doktor tersebut akan membagi ubat yang dengan izin Allah dapat menyembuhkan sakit yang dihadapi. Sakit2 tersebut adalah sesuatu yang nampak dilihat dengan mata kasar walaupun kadang2 para doktor terpaksa menjalankan Xray terhadap kita jika terhadap ketumbuhan ataupun bengkak2 di dalam badan kita.
Tapi kepada siapakah kita akan pergi jika kita sedang menghidap penyakit dengki, iri hati, sombong dan semua penyakit hati yang disebutkan di dalam al Qur'an? Jika seseorang demam, doktor akan memeriksa suhu panas badan kita, jika kaki kita terseliuh, doktor akan balut dengan bandage dan memberikan ubat untuk disapu ke atas tempat yang sakit. Tapi kalau penyakit hati, ianya sangat susah untuk dirawati kerana ianya sesuatu yang tidak nampak dan hanya Allah saja yang tahu tentang penyakit ini.
Penyakit hati adalah sesuatu yang sangat membahaya, lebih bahaya daripada cancer dan lebih bahaya daripada sakit jantung kerana ianya boleh sesuatu kaum berpecah belah dan akan menyebabkan keluarga, persahabatan, masyarakat dan negara menjadi retak dan hancur. Memang tidak dinafikan kita bukan nabi dan kita mungkin saja mempunyai banyak kekurangan. Tetapi, kita tidak boleh membiarkan penyakit yang ada dalam kita berlarutan kerana lama-kelamaan, ianya akan memakan diri kita sendiri. Oleh sebab, sebelum kita mengajak manusia untuk menjauhi kemungkaran dan menyuruh mereka membuat kebaikan, kita perlu merenung dan melakukan perkara2 di bawah:
1. Tarbiyyah Zatiyyah. Bermaksud mentarbiyyah diri sendiri sebelum mentarbiyyah orang lain. Dalilnya di dalam Surah At Tahrim ayat 6. Seorang anak murid akan kencing berdiri jika melihat gurunya kencing berdiri. Ini adalah penting kerana jika kita lihat firman Allah di dalam Surah As Shaff ayat 2, Allah menegur mereka yang menyuruh seseoang membuat sesuatu tetapi dia sendiri tidak melakukannya.
diri baru tarbiyyah orang lain.
2. Tarbiyyah lidah dan semua anggota. Kita hendaklah cuba untuk memastikan bahawa masa kita tidak diarahkan kepada perkara2 yang tidak mendatangkan kebaikan baik kepada akal, ruh dan jasad kita. Menjauhkan dariapada perkara2 yang lalai seperti bermain ps3 sehingga ke suboh, membunoh diri dengan merokok 50 batang sehari dan sebagainya. Kita, jika dapat, ingin sentiasa melakukan sesuatu yang mendatangkan pahala.
3. Selalu hisab diri. Menurut hadis rasulullah, manusia tidak kurang melakukan kejahatan sebanyak tidak kurang 70 kali dalam sehari. Sebelum kita tidur, cuba kita berapa perkara yang baik yang kita dan selepas itu, hitung berapa kejahatan yang kita lakukan pada hari itu. Jika kebaikan lebih banyak daripada kejahatan, alhamdulillah. Akan tetapi, jika berkuasa, kita hendaklah menambah amal baik kita dan menlenyapkan kelakuan jahat kita. Surah Mariam ayat 95, Surah Al Israa' ayat 13-14.
4. Iltizam ubah aib pada diri. Ada 3 cara untuk mengetahui keaiban diri; 1) Kita bertanya kepada orang tentang kelemahan kita 2) Kita sedar tentang keaiban diri kita 3) Teguran orang tentang diri kita. Selepas mengetahui keaiban diri, kita hendaklah berusaha untuk menukarkannya kepada sesuatu yang positif. Contoh dari bersangka buruk kepada sentiasa bersangka baik.
Jika kita melakukan perkara2 yang disebutkan di atas, insha Allah, kita akan dapat beberapa kebaikan seperti yang disebutkan di bawah:
1. Thabat dan kekuatan. Iaitu semangat dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan kita bagi menegakkan yang haq dan menghapuskan yang batil. Ada orang semangatnya boleh membakar lautan salji tapi sudah sampai satu tahap, semangatnya hanya mampu membakar arang yang baru padam.
2. Kefahaman tentang islam. Surah Al Baqarah ayat 296 "Allah menganugerahkan al hikmah (Kefahaman yang dalam tentang Al Quran dan As Sunnah) kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah)"
3. Sabar dan teguh.
4. Beramal secara syumul. Kita bukan beramal kerana mengikut orang sekeliling atau kerana masyarakat tetapi kita beramal kerana kita tahu bahawa islam itu adalah cara hidup yang lengkap.
Untuk melakukan perkara2 di atas adalah mudah kerana ianya adalah amalan khas untuk individu dan bukan tertumpu kepada aktivit2 kumpulan seperti bermain bola, menghadiri kuliah yang perlu kepada seorang guru/ustaz dan lain2. Ianya juga boleh dilakukan semasa kita berada dirumah dan sebagainya.
Semoga yg sedikit ini dapat dimanfaatkan dan pastikan SEBELUM KELUAR, kita periksa diri sebelum kita pergi periksa orang lain.
Wallahu'alam

No comments:
Post a Comment