Keadaan Sekarang
Manusia berada di dalam keadaan yang tidak menentu. Mereka hanyut dan sibuk meneliti barang-barang ciptaan manusia yang baru. Mereka bangga dengan apa yang mereka ada dan tangan mereka sangat berat untuk membantu. Mereka sangat cinta kepada dunia dan mereka suka kepada kehidupan yang tiada batas, tiada pegangan dan mereka lebih rela dibentuk oleh manusia yang tidak percaya kepada yang satu.
Hari demi hari, keadaan sekeliling nampak seperti sudah hilang kawalan. Harta hanya dibahagi-bahagikan kepada golongan yang berharta dan golongan miskin pula diberikan layanan yang tidak sepatutnya. Yang miskin disergah dan dibalingkan dengan bermacam-macam perkataan yang menyakitkan. Mereka hanya mampu memalingkan wajah mereka yang dipenuhi dengan debu dan menangis tanpa suara. Pezina tidak pula kurangnya, lelaki dan wanita bercampur dalam pesta yang berlatar belakangkan lagu dangdut yang membuatkan keadaan lebih rancak. Arak disediakan dengan percuma oleh pengajur pesta dan wanita yang di bawah umur di arak dengan karpet berwarna merah. Kondom yang belum dibuka sudah disediakan dimana-mana.
Harta riba sudah menjadi sesuatu yang biasa. Orang yang berhutang $1.00 terpaksa membayar balik $50.00. Manusia tidak peduli samaada harta/makanan yang mereka terima/makan adalah halal, mereka tidak kira samaada binatang ternak yang disembelih adalah orang islam atau bukan. Perut gemuk mereka penuh dengan makanan yang haram. Mereka tidak peduli kepada teguran tapi mereka peduli kepada wang sogokan. Mereka hidup untuk memenuhi perut yang menjadi punca keruntuhan diri mereka. Walhal, orang miskin, anak2 yatim, dan kurang berkemampuan hanya mampu mengilat bekas roti yang dihumban melalui jendela yang dimeterai dengan besi yang tajam.
Anak-anak muda yang miskin diolahkan seperti binatang. Kaki dan tangan mereka digari dan disuruh bekerja diwaktu matahari berada ditengah-tengah. Tenaga mereka dihabiskan untuk membuat hasil bumi dari pagi hingga petang. Mereka kuat tapi tapi tidak kuasa melawan kerana anak dan isteri mereka jadi tanggungan. Mereka berada di dalam keadaan yang mengusarkan dan seakan-akan berada di dalam penjara yang berjalan. Mereka tidak kenal apa itu kebebasan kerana dari sejak kecil lagi mereka sudah dididik untuk tunduk dan tidak bertanya soalan.
Manusia sangat malas untuk mengenali Tuhan. Mereka sudah selesa dengan keadaan sekarang dan mereka lebih suka duduk senang sambil melihat duit mereka mencurah datang. Mereka tidak sedar anak2 mereka sudah dirancun sebelum mereka matang. Fikiran dan hati mereka sudah pandai menggambarkan kehidupan dunia yang akan hilang. Mereka ingin menjadi orang yang terkenal dan ingin pula menjadi buah percakapan. Mereka bakal mengganti bagi yang akan hilang dan keadaan yang miskin dan lemah hanya menunggu saat Malaikat pencabut nyawa datang.
Dalam keadaan yang tidak menentu, ada beberapa insan yang sedar. Mereka tahu perkara2 yang berlaku dihadapan mata mereka adalah perkara mungkar dan ketidakadilan. Hati kecil mereka berbisik-bisik, “Apakah yang boleh aku lakukan…”. Mereka hanya mampu menahan rasa marah, dendam dan tidakpuasan hati mereka. Mereka menolong sedaya upaya mereka untuk memberi makanan kepada golongan yang miskin dan memberi pakaian mereka yang telanjang walaupun mereka sendiri hanya tinggal sehelai sepinggang.
Mereka bekorban untuk melihat orang2 yang tidak dikenalinya gembira dan senyum walaupun sesaat. Perumpamaan mereka yang sedar ini adalah seperti bintang-bintang yang jauh daripada pandangan tapi kukuh pada tempatnya. Jika dihampiri, mereka bagaikan cahaya yang terang, sehinggakan seseorang tidak mampu untuk melihat mata mereka secara langsung. Mereka menjadi payung bagi mereka yang ketakutan dan yang haknya sudah diperkosa.
Daripada beberapa bintang itu, ada satu bintang yang lebih terang daripada yang lainnya. Sinarnya seakan-akan bulan yang berjalan dan bumi seakan-akan tunduk, tanda hormat kepadanya. Yang baik dan yang jahat mengenalinya bukan kerana hartanya dan buka pula kerana kedudukannya tapi pada budi pekertinya yang luhur…

No comments:
Post a Comment