Siapa Yang Percaya?
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika seorang lelaki memukul lembunya yang sedang membawa barang muatan, tiba-tiba lembu itu berpaling dan berkata: Sesungguhnya aku diciptakan bukan untuk ini, tetapi aku diciptakan untuk membajak. Semua orang terkejut dan tidak percaya bahawa lembu boleh berkata-kata. Rasulullah s.a.w berkata: Sesungguhnya aku, Abu Bakar dan Umar mempercayainya. Abu Hurairah berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika seorang penggembala sedang mengawasi kambingnya, tiba-tiba seekor serigala menerkam ke arah kambingnya dan berjaya menangkap salah seekor dari kambingnya. Penggembala itu berusaha untuk menyelamatkan kambingnya itu tetapi tidak berjaya. Tiba-tiba serigala itu berpaling dan berkata kepadanya: Siapakah pada pagi ini yang dapat menghalang dari serangan seekor binatang buas? Sedangkan hari ini tiada penggembala selain dari aku. Semua orang terkejut dan tidak percaya. Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku, Abu Bakar dan Umar mempercayainya.
Sejak dahulu lagi, banyak manusia yang tidak percaya kepada kekuasaan Allah. Mereka akan memberikan bermacam-macam andaian untuk menolak apa yang berlaku disekiling. Perbezaan zaman jahiliyah dahulu dan sekarang dahulu ialah, Nabi Muhammad s.a.w ADA untuk membetulkan apa yang salah dan yang bercanggah dengan ugama Islam. Tapi sekarang, siapa yang ada? Hanya manusia biasa yang selesa dengan keadaan masing2. Ingatlah, tidak akan ada lagi rasul selepas Rasulullah.
Manusia tidak akan percaya kepada Tuhan selagi mereka melihatNya. Perkara ini adalah sesuatu yang mustahil kerana Allah suci daripada sifat2 yang menyamakanNya dengan makhluknya. Orang kristian melihat Nabi Isa sebagai Tuhan sedangkan Nabi Isa sendiri adalah ciptaan Tuhan. Orang Yahudi pula mentuhankan Nabi Musa sedangkan nabi Musa juga seorang manusia yang diutus oleh Allah untuk mengesakan Allah Yang Tunggal. Kita perlu faham tanda2 Allah berkuasa terdapat dimana-mana, terutama sekali di badan kita.
Siapa yang mengerakkan mata kita untuk melihat skrin komputer? Siapa yang memberikan kita kemampuan untuk berfikir, membaca, mendengar, berjalan, memegang sesuatu barang? Pernahkah kita terfikir kenapa kadang2 barang yang kita pegang tidak semana-mana jatuh? Barangkali Allah ingin memperingatkan kita bahawa tiada ada kekuasaan selain daripada kekuasaanNya. Dengan hanya menyebut "jadilah, maka jadilah sesuatu". Allah berkuasa melenyapkan nikmat yang kita ada jika kita berlanjutan kufur dengan nikmatnya.
Orang yang kufur ialah mereka mereka yang tidak bersyukur kepada pemberian (nikmat) Allah. Perasaan tenang, fikiran yang tidak bercelaru, hati yang ihsan, semuanya adalah pemberian Allah. Tidak bersyukur disini bukan hanya bermaksud tidak melafazkan, akan tetapi, ianya berhubung rapat dengan perbuatan kita. Tidak melakukan apa yang disuruh oleh Allah adalah dikategorikan sebagai orang yang kufur. Orang yang hanya mengucapkan "syukur, syukur" tetapi tidak sembahyang, tidak puasa, bergaul bebas , tidak mengenakan hijab dan sebagainya adalah mereka yang tidak tahu bersyukur kepada Allah.
Hasil yang akan diterima oleh mereka yang kufur, jika mereka tidak bertaubat, ialah seksa api neraka yang pedih. Orang tidak akan percaya kepada seksa Allah selagi mereka sendiri melihat dengan mata kepada hati mereka. Di saat itu nanti, mereka yang seakan-akan melihat kembali maksiat2 yang mereka lakukan sehinggalah saat mereka dihumabn ke dalam api neraka. Mereka akan ingat membaca blog2 yang mengingatkan mereka untuk kembali kepada Allah terutama blog www.sembahyang.blogspot.com, kawan2 yang menegur mereka untuk solat, yang menegur mereka untuk berhenti menganiaya diri mereka seperti merokok dan memakan benda2 yang syubahat.
Satu perkara yang menghairankan ialah orang sentiasa menyebut tentang api neraka, seksa kubur, malaikat maut, padang masyhar, syurga dan sebagainya tetapi tidak timbul rasa keinsafaan di dalam hati mereka. Mereka tidak gerun dengan bala akan tetapi mereka rasa selamat (comfort zone) dengan apa yang mereka ada. Mereka tidak sedar bahawa dunia sudah menghampiri kesudahan. Langit2 akan berjatuhan, gunung2 akan bertaburan menjadi debu, manusia akan lari lintang pukang tanpa menghiraukan keluarga mereka. Manusia akan menyaksikan ribut yang lebih teruk daripada filem2 yang dibuat oleh hollywood. Mungkin pada saat itu terjadi, ada di antara kita yang mungkin sudah mati tetapi tidak mustahil kita semua akan menyaksikan kehancuran bumi yang ibaratnya tidak lebih daripada sayap sebelah seekor lalat.
Nabi sudah tiada dan yang tinggal hanyalah umatnya, iaitu kita. Tanamkanlah rasa kerinduan untuk kembali kepada Yang Menciptakan dan percayalah kita semua akan kembali kepada Yang Satu. Kembalilah kepadaNya dan segaralah bertaubat sebelum terlambat..

No comments:
Post a Comment