Putaran Bodoh - Cara Keluar
Kebanyakan daripada kita tidak akan sedar bahawa kita sekarang berada di dalam putaran yang telah bertakhta dihati kita sejak kita lahir lagi. Hatta, ibu bapa kita, nenek kita, datok kita pun pernah perasan tentang putaran ini. Ini kerana mereka yang sudah lepas sudah "biasa" ataupun lumrah dengan keadaan mereka sehinggakan setiap gerak geri ataupun percakapan dan buah fikiran yang mereka utarakan adalah sama dengan orang2 dahulu (yg berada dalam putaran bodoh tersebut).
Bagaimana ini boleh terjadi? Hari berganti hari, minggu berganti bulan dan bulan berganti tahun, kita perhatikan sahaja putaran manusia yang sentiasa sama tapi tidak serupa dari segi kelakuan dan perbuatan. Sejak dari dahulu lagi, sejarah telah menyaksikan betapa ramai manusia yang demam bola, demam video game, demam AF, demam tangkap gambar sendiri dan sebagainya. Walaupun masa sudah berubah tapi adab secara perkembangan akal dan minda hanya tertumpu kepada sesuatu sahaja. Iaitu mencari kerja untuk memuaskan nafsu, sex, makan dan kebanggaan diri.
Cuba perhatikan betapa ramai manusia yang suka berbangga dengan harta benda yang mereka ada, kereta mewah yang mempunyai 500 kuasa kuda, tempat kediaman yang kukuh dan selamat. Lain lagi, harta benda seperti isteri2 yang cantik rupawan, anak2 yang cerdik dan pandai, dan sangat montel. Tidak pernah terlintas di hati kecil mereka untuk membuat perubahan. Perubahan kepada pembaikan alam yang diciptakan oleh Allah yang Maha Kuasa.
Banyak pula yang menentang Allah dan kufur akan nikmatNya. Mereka akan merasa diri mereka sudah diberkati di atas limpahan rezki yang mendatang, di atas duit yang banyak sehinggakan membuat kepala penting kerana tidak tahu di mana hendak letak duit yang banyak tersebut. Mereka tidak menyempurnakan janji yang pernah mereka buat sebelum mereka dilahirkan ke bumi. Banyak pula yang suka menunjuk-nunjuk akan kebolehan masing2 dengan berbagai cara, baik dari segi fisikal mahupun mental. Mereka menyanjung benda2 ciptaan manusia seperti robot, ipod dan sebagainya dan mereka lupa akal dan buah fikiran tersebut kepunyaan siapa.
Jadi, cara yang paling berkesan untuk KELUAR daripada putaran bodoh ialah dengan tidak menjadi orang yang bodoh. Mungkin kebanyakan daripada kita sudah merasa kita pandai dan tidak perlu kepada benda2 seperti ini. Ini adalah salah kerana, ilmu biologi, fisik, matematik, dan seterusnya tidak akan berguna selagi kita tidak mencantumkan ia dengan agama islam. Disebabkan oleh serangan fikiran yang dilakukan oleh orang yang bukan islam, kebanyakan daripada kita, sedar atau tidak, mempunyai fikiran yang sekular. Fikiran sekular ialah propaganda yang dicipta untuk memisahkan di antara islam dan kelakuan, antara islam dan ekonomi, antara islam dan budaya, antara islam dan pendidikan dan antara islam dan sistem perhubungan sesama manusia.
Serangan tersebut telah menyebabkan banyak orang yang menyangka bahawa islam itu adalah dari segi ibadah sahaja dan tidak kena mengena dengan perkara-perkara yang tersebut di atas. Salah satu contoh yang paling ketara sekali ialah, coba perhatikan apabila manusia bermain bola. Mereka tidak merasa mereka melakukan MAKSIAT apabila mereka mengenakan seluar pendek apabila bermain bola. Sebaliknya mereka yang merasa bangga dengan bulu kaki meraka dan kebesaran kaki mereka. Terlalu banyak contoh2 di hadapan mata kita jika kita berhenti sejenak untuk beriman..
Kita hendaklah faham bahawa akan ada sahaja mereka yang menyeru kepada kebaikan dan yang akan mencegah yang lain daripada melakukan kejahatan dan ianya akan berlangsung sehinggalah kiamat tiba. Kita cermin diri kita dan tanya adakah kita sedia untuk keluar daripada bulatan bodoh ini atau kita RELA dengan keadaan kita sehingga malaikat maut mengambil kita?
No comments:
Post a Comment