Perhatian: Kita Sedang Diperhatikan!
Segala puji-pujian hanya kepada Allah yang berkuasa menanamkan rasa takut kepada musuh2 islam yang akan sentiasa mencari pelbagai cara untuk merosakkan umat Rasulullah. Selawat dan salam kesejahteraan kepada nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad, keluarga serta sahabat2 baginda yang telah menyebarkan islam ke pelusuk dunia.
Cuba bayangkan apakah perasaan kita apabila berada di sebuah bilik yang gelap tanpa sesiapa disisi. Hanya kegelapan yang menjadi dinding, langit & lantai. Mungkin ada di antara kita yang akan mengatakan, "Aku tidak takut kepada kegelapan" atau "Aku berani berada di dalam kegelapan" dan sebagainya. Apa-apa pun jawapan yang diberikan. Setiap manusia, tanpa was-was, akan berada dalam keadaan demikian.
Allah berfirman "Tiap-tiap nyawa akan merasai mati" [Ali 'Imran: 185]. Bagi mereka yang tidak percaya kepada kehidupan akhirat. Mereka akan lupa kepada malaikat maut yang memerhatikan wajah anak adam sebanyak 70 kali dalam sehari. Seperti sabda nabi kita:
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: "Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."
Kebanyakan daripada manusia kadang2 terlalu cinta kepada dunia sehinggakan mereka sanggup mengadai agama mereka demi untuk mendapat sedikit daripada habuan dunia. Mereka lebih suka mencari keredhaan manusia daripada mencari keredhaan yang hakiki. Mereka lebih berharap kepada manusia daripada berharap kepada yang telah menciptakan mereka.
Kita perlu ingat bahawa malaikat maut akan sentiasa memperhatikan wajah kita. Mungkin ada yang ketawa, menangis, marah, dan bermacam lagi air muka yang kita tidak ketahui semasa Malaikat Izrail. Bagi mereka yang sedar dan ingin bersiap sedia dengan kehidupan selepas dunia. Mereka sehendaknya bersikap hati2 dan takut apabila malaikat maut datang menjemput kerana kita mungkin merasa kita sudah “sedia” tapi apakah kita benar2 tahu?
Salah satu cara untuk membuatkan diri kita agar sentiasa ingat untuk tidak melibatkan diri kita dengan dosa ialah dengan cara melihat kegelapan itu sebagai dosa. Cuba bayangkan sekali lagi tentang perasaan kita apabila berada seorang diri di dalam bilik, ofis ataupun setor yang tidak pernah di huni oleh manusia pada waktu dekat maghrib. Kita akan berasa seram dan bulu roma kita akan meremang tanpa kita sedari. Kita merasa seakan-akan ada sesuatu yang memerhatikan kita dan merasakan seakan ada sesuatu mahkluk yang mengesel-geselkan badan mereka kepada kita.
Hanya Allah yang tahu keadaan dan rupa bentuk mahklukNya, dosa dan pahala. Tapi kita sebagai manusia yang diberikan akal untuk berfikir hendaklah sentiasa memikirkan ciptaan Allah yang Maha Agung. Sebagai tambahan, cuba bayangan lagi apa halnya jika setiap kali kita melakukan maksiat, hantu akan menjelma dihadapan kita dengan bentuk yang menakutkan dan membuatkan kita terpekik-pekik seperti orang gila.
Sebagai tambahan, Nabi Adam pernah berwasiat kepada kita semua:
1. Jika kamu hendak berbuat sesuatu, tetapi hati kamu gelisah kerananya, maka janganlah kamu perbuat. Kerana aku sewaktu akan memakan buah kayu, hatiku telah bergoncang dan gelisah.
2. Jika kamu hendak mengerjakan suatu, lihatlah kesudahannya kerana kalau aku lihat atau fikirkan tentang kesudahan dan akibat makan buah tersebut, tentu tidak akan aku makan.
3. Jika kamu hendak melakukan sesuatu perkara, maka berundinglah dengan orang2 yang tertentu. Kerana kalau aku dahulunya berunding dengan malaikat, tentu diberitahu kepada aku supaya aku jangan makan buah yang terlarang itu.
Jadi, jika kita mampu membayangkan bahawa maksiat kecil atau besar yang kita lakukan itu sebagai kegelapan yang total, insya Allah, kita boleh menjaga diri kita daripada gugur ke lembah yang hina, na'udzubillah.
Dosa datang seperti gelapnya malam
Akan hilang apabila nama Tuhan dikenang,
Kita minta hanya kepada Tuhan,
Semoga dijauhkan malapetaka malam.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment