Ni'mat Tuhan (Mata)
Ketahuilah bahawa sesungguhnya, Allah Maha Melihat keadaan hamba2-Nya. Ada di antara mereka yang hidup untuk mencari keRedhaan-Nya dan ada pula yang mencari selain itu. Pernah disebutkan bahawa semasa diakhirat kelak, ahli neraka akan meminta izin kepada Allah untuk menangis, lalu setelah mendapat keizinan dari Allah, mereka pun menangis sehingga keluar air mata darah. Lalu, malaikat yang sentiasa patuh dan taat kepada perintah Allah berkata, "alangkah baiknya jika mereka menangis semasa di dunia".
Apakah cara yang terbaik untuk membersihkan hati kita melalui mata? Iaitu dengan mengeluarkan air mata di atas dosa2 yang pernah kita lakukan samaada kita sadari atau tidak. Kita kadang2 tidak sedar bahawa apa yang kita lihat itu adalah perkara yang boleh mendatangkan dosa, jadi, kita bangun ditengah malam semasa orang lain sedang nyeyak di atas katil masing dan merayu kepada Tuhan dengan perasaan hind dihadapan Tuhan dan memohon kepada-Nya agar kesalahan kita yang telah lepas dan akan datang diampunkan. Seperti sabda nabi, "sesiapa yang menitiskan setitik airmata kerana takutkan seksa di akhirat kelak, maka Allah akan mengharamkan neraka baginya". Kita hendaklah ikhlas apabila mengeluarkan air mata kerana tanpa keikhlasan, semua yang menjadi debu2 yang berterbangan.
Selain dari tangisan, kita juga perlu menjaga mata kita daripada terlalu memerhatikan orang2 ataupun benda2 yang boleh menimbulkan fitnah kepada diri kita. Kita perlu menjadi orang yang tidak liar pandangannya. Mungkin, kita ada mengenali kawan2 kita ataupun ahli keluarga kita yang begini. Jika ada, perhatikanlah kelakuannya dan para pembaca mungkin mendapati sesuatu. Hanya Allah yang mengetahui keadaan sesuatu tetapi kita sebagai manusia yang penuh dengan kekurangan perlu memerhatikan kebesaran dan tanda2 kebesaran Allah yang MAHA MULIA. Tiada siapa yang lebih mulia dari Allah SWT..
Proses perubahan demikian hendaklah dilakukan secara berterusan kerana mungkin banyak daripada kita menyangka bahawa apa yang kita lakukan sekarang mungkin akan memasukkan kita ke dalam syurga tapi bagaimana kita tahu kita akan melakukan kebaikan hingga nafas kita yang terakhir? Jika kita singkap sejarah di zaman Rasulullah dan sahabat2 Baginda, banyak kisah2 yang menyebut tentang bagaimana niat ataupun kelakuan semasa hujung hayatnya menyebabkan ia masuk syurga ataupun neraka. Oleh sebab itu, Allah menyukai orang yang sikit amalannya tapi berterusan daripada orang yang banyak amalannya tapi tidak berterusan. Kalau boleh, janganlah kiranya kita menjadi orang yang banyak amalannya di dalam bulan Ramadhan SAHAJA tetapi dibulan lain, batang hidung pun tidak nampak.

No comments:
Post a Comment