Mengenal Diri
Percakapan dan tingkah laku setiap orang berbeza. Tidak dinafikan tingkah laku manusia akan sentiasa berubah mengikut masa, keadaan dan tujuan. Ini akan menyumbang kepada kelakuan kita dan reaksi kita semasa keadaan2 yang tertentu.
Setiap diri mempunyai kelemahan yang hanya diketahui apabila Allah memberikan kita petunjuk, ditegur oleh ahli keluarga dan kawan2 dan ditegur dari mereka yang tidak kenali dengan tanpa segan silu memberitahu kekurangan kita. Maha Suci Tuhan, tiada sesuatu kejadian ataupun perbuatan yang dicipta-Nya melainkan untuk kita mengambil pelajaran dan untuk kita mengambil iktibar.
Sebagai seorang manusia yang mempunyai fikiran yang sempurna, kita hendaklah sentiasa sedar bahawa Tuhan tidak akan lepas daripada pandangan-Nya dan kita akan sentiasa dilihat walau dimana kita berada. Peliknya, kita kadang2 berpura-pura lupa akan Kewujudan Tuhan. Kebanyakkan daripada kita lupa mungkin disebabkan oleh nafsu syahwat yang sudah bertakhta dihati ataupun bisikkan syaitan yang akan sentiasa menghasut kita untuk melakukan dosa tanpa merasa malu sedikit pun.
Jadi bagaimanakah caranya untuk mengenali diri kita sendiri secara khasnya dan orang melalui percakapan dan perbuatannya secara amnya? Ada beberapa perkara yang perlu diberi penekanan. Pertama, kita perlu tahu bahawa tiada siapa yang lebih tahu keadaan hati seseorang melainkan Allah. Kedua, walau apapun yang kita dapati pada seseorang itu, kita tidak boleh mencemuh ataupun mengatakan bahawa seseorang itu munafik, fasik dan sebagainya. Ketiga, panduan yang terdapat disini hanyalah bertujuan untuk membuat kita berfikir tentang keadaan kita berbanding dengan orang lain.
Kenapa kita perlu sentiasa memperhatikan diri kita? Kerana, jika kita tidak ambil tahu tentang keadaan diri kita, bagaimana pula kita hendak memperbaiki diri (jika yang mahu) dan mendekatkan diri kita lagi kepada Allah? Kenapa pula kita sangat beria ia untuk mengambil tahu orang selain dari kita sendiri? Kita lebih suka mendengar keaiban orang daripada keaiban diri kita sendiri dan kita suka berkata yang tidak elok kepada orang lain sedangkan kita sendiri apa kurangnya.
Perkara yang pertama yang perlu kita lakukan sebelum kita berhijrah dari satu keadaan ke suatu keadaan yang lebih baik ialah dengan cara mengenal diri kita sendiri . Kita hendaklah coba untuk “berkenalan” dengan diri kita sendiri sebagaimana kita berkenalan dengan mengenal orang lain. Kita perlu tahu apakah perkara2 yang kita biasa lakukan dan perkara2 yang mungkin akan merosakkan diri kita dan perkara2 yang mungkin tidak nampak di mata orang lain. Kadang2, kebanyakan daripada kita mempunyai tabi’at yang hanya keluarga terdekat kita yang tahu kerana kita malu dengan tabi’at kita tapi apabila kita mempunyai sesuatu kelebihan, kita akan bermegah-megah dengan apa yang ada pada diri kita.
Sebelum kita ingin melangkah menjadi orang yang lebih sempurna. Kita hendaklah memastikan tujuan kita jelas dan tidak samar2. Sama halnya jika kita hendak pergi belayar ke sebuah negeri, sebelum kita hendak pergi membeli tiket, kita mesti tahu kemana kita hendak pergi. Dengan itu, kita akan mempunyai azam yang lebih kuat untuk mencapainya objektif utama. Selain daripada itu, kita juga perlu menanyakan kepada diri kita, apakah tujuan kita untuk berubah? Apakah untuk manusia atau untuk Tuhan yang menciptakan kita? Kita hendaklah juga memastikan semua yang kita lakukan kerana Allah kerana perbuatan yang dilakukan selain Allah akan menyebabkan perbuatan kita yang tampak baik menjadi sia2 apabila kita menghadap Tuhan semesta alam kelak.
Sebenarnya terdapat banyak cara untuk mengetahui keadaan kita. Sebagai contoh, kita boleh perhatikan bagaimana kita makan dalam sesebuah jamuan atau etika semasa kita makan di restoran dan sebagainya. Coba perhatikan bagaimana adik atau abang kita makan, bagaiman seseorang itu sembahyang, bagaimana seseorang itu tidur, bagaimana orang itu meletak selipar ataupun kasut, bagaimana seseorang itu bergaul dengan orang lain, dan sebagainya. Demikianlah cara-cara yang besar kemungkinan boleh menjadi kayu penyukat untuk mengetahui tab’at atau kelakuan kita dan orang lain.
Cara yang paling berkesan untuk mengetahui perihal diri kita sejak awal pagi lagi apabila kita bangun dari tidur. Perkara yang pertama sekali yang kita lakukan ialah mandi (selain daripada berkencing, berus gigi dan sebagainya). Sudah tentu para pembaca akan terkejut. Tidak mungkin mandi seseorang dapat memberikan sedikit gambaran tentang keadaan seseorang itu. Kita sebenarnya boleh mengambil banyak pelajaran yang sangat berguna bagi diri kita sendiri. Kamar mandilah yang boleh menggambarkan sikap seseorang dan keadaannya yang sebenar2nya. Insya Allah.
Semasa mandi, jika seseorang itu biasa mandi dalam keadaan bogel (telanjang bulat), besar kemungkinan, kita adalah orang yang tidak ada perasaan malu. Orang sebegini akan membuka pakaian seperti kilat dan akan menghumbankan baju mereka di atas lantai. Mereka adalah jenis manusia yang tidak akan rasa malu apabila melakukan maksiat kerana dia tidak mempunyai persaan malu terhadap Allah, apatah lagi apabila berada dikhalayak ramai. Mereka tidak akan merasa “bersalah” apabila waktu solat sudah masuk. Mereka tidak akan merasa bersalah terhadap Tuhan apabila mereka makan secara sembunyi dan mereka tidak akan merasa mereka sudah melakukan satu maksiat apabila mereka membuang sampah ditempat awam.
Sebenarnya banyak lagi perkara yang sudah biasa dilakukan oleh mereka ini sehinggakan mereka merasa perbuatan mereka tidak mendatangkan dosa. Semasa mandi mereka suka membiarkan air melimpah, berkencing berdiri (bagi lelaki) baik di tempat awam mahupun tempat kediaman sendiri. Semasa memberus gigi, mereka akan membiarkan air bercucuran. Kamar mandinya pula mempunyai aroma2 yang tidak menyenangkan, cermin yang sudah pudar dan lobang jamban yang berubah warna. Tempat penyimpanan berus gigi dan obat gigi disimpan di mana-mana. Begitu pula dengan sabun mandi dan sebagainya. Berselerak! Contoh yang terbaik bagi mereka ini ialah golongan “nudist”. Perhatikan saja keadaan mereka yang tidak merasa malu apabila bercakap dengan kawan2 mereka dan sebagainya.
Bagi mereka yang menutop sebahagian daripada aurat mereka semasa mandi. Besar kemungkinan, mereka ini adalah mereka yang ada kesedaran tentang makhluk yang ada disekiling mereka, yang ghaib dan sedar akan kewujudan Allah. Mereka mempunyai sifat yang berhati-hati dan akan berfikir sebelum bertindak. Akan tetapi mereka kadang2 lupa dan tidak begitu prihatin tentang keberadaan Allah. Mereka akan berhati-hati apabila mejuruskan air ke badan mereka dan memastikan setiap anggota terkena air. Mereka juga mempunyai sifat2 yang mulia seperti berhati-hati apabila mengeluarkan obat gigi, membaca basmalah apabila memulakan sesuatu perbuatan. Dan akan memastikan keadaan kamar mandi tersebut dalam keadaan yang bersih, berbeza dengan orang yang mandi dalam keadaan bogel tadi. Mereka juga mengamalkan sunnah nabi semasa berasa di dalam jamban. Seperti melangkah masuk dengan menggunakan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan dan berdoa kepada Allah di atas kesejateraan yang diberikannya. Akan tetapi, mereka ini juga mempunyai kekurangan2 seperti mereka memerlukan peringatan dan mereka sentiasa memperhatikan keadaan mereka baik semasa di dalam jamban ataupun semasa di luar jamban.
Gologan yang ketiga pula adalah mereka yang menutop aurat semasa mandi kerana malu mereka terhadap Allah yang sangat besar. Mereka adalah golongan yang sangat berhati-hati dari semua segi. Mereka akan takut untuk berbuat dosa kepada Allah, kerana mereka sudah mampu untuk mengelak daripada perkara2 yang makruh dan mereka akan melakukan semua perbuatan yang dilakukan oleh Nabi kesayangan mereka. Mereka akan sentiasa sedar akan keberadaan Tuhan dan akan bersikap lebih waspada apabila berdepanan dengan perkara2 yang haram dan yang boleh menyebabkan mereka dibenci oleh Allah. Mereka mengira setiap jatuhan air akan dikira (Al-Zalzalah) dan setitik dakwat yang ditulis tanpa kebenaran dari orang yang punya pen akan mendapat balasan di mahkamah Allah kelak.
Orang macam ini tidak akan membazir dan akan mengambil sedikit daripada dunia dan akan memberi atau menolong sesiapa sahaja yang dia mampu. Mereka akan hidup seperti orang yang sudah pergi. Mereka merasa dunia adalah tempat membuat sebanyak-banyak kebaikan dan kebajikan. Mereka akan bersedih apabila orang lain ditimpa dengan musibah dan mereka akan merasa hiba apabila umat Islam dihina / ditindas dan dihalau dari kampong halaman mereka. Mereka mempersiapkan diri mereka sebelum Malaikat Maut menuntut mereka dan mereka akan membanyak simpanan (amal ibadat) mereka sebelum bersua dengan Tuhan di akhirat nanti. Mereka sangat yakin yang mereka akan berjumpa dengan Tuhan yang telah memberikan mereka rezki dari sejak mereka kecil lagi dan mereka tidak merasa khuatir melainkan khuatir jika ta’at mereka tidak diterima dan mereka sentiasa menangisi dosa yang pernah mereka lakukan.
Mereka ini tidak pernah berputus asa. Mereka yakin akan pertolongan Allah walaupun keadaan nampak seakan-akan tidak mempunyai harapan langsung. Mereka tidak takut kepada sesiapa, apatah lagi manusia. Mereka hanya takut kepada Tuhan yang Mendengar segala. Wallahu’alam.
[Artikel seterusnya “Mengenal Diri Melalui Solat”]

No comments:
Post a Comment