Jangan diketawakan
Perkara yang paling susah bagi manusia ialah sabar menghadapai sesuatu cobaan atau dugaan yang ditimpakan kepada kita oleh Allah swt. Dugaan disini bermaksud sesuatu kehilangan, kemudaratan, kekurangan yang membuat kita sedih dan hilang arah tuju. Secara lazimnya kita berfikiran yang cobaan atau dugaan ini hanyalah dari segi perkara2 yang membuat kita berputus asa atau sedih, akan tetapi, sebenarnya dugaan dari Allah juga datang dalam bentuk sesuatu yang membuat ketani happy (gembira) akan sesuatu seperti lulus dalam peperiksaan, mendapat sesuatu benda yang diingini ataupun tercapai sesuatu hajat.
Pada suatu masa dahulu, aku pernah mendengar bahawa kalau kita ingin mengetahui tahap keimanan seseorang itu ialah dengan cara reaksi yang diberikan apabila orang bukan islam menerima bala. Kalau sekiranya orang itu beriman, orang tersebut tidak akan merasa "gembira" akan kejadian yang telah menimpa sesebuah negeri tersebut, akan tetapi, dia akan merasa, kesian akan kejadian yang menimpa dan takut atas kejadian tersebut.
Jika sekiranya orang itu tidak beriman atau imannya itu masih sedikit, dia akan merasa gembira atas bala yang telah menimpa kaum tersebut. Secara logiknya, memang benar kita sepatutnya merasa sedih+gerun akan segala musibah yang menimpa kepada sesiapa sahaja. Kaitannya dalam solat pula, hamba Allah yang tekun dalam solatnya akan berupaya untuk menahan amarah (sifat yang tercela) dan akan redha terhadap apa yang telah menimpanya. Aku merasakan yang jika sekiranya orang itu solat tetapi masih tidak dapat menahan nafsu yang selalu mendorong kepada membuat kejahatan, maka, solah tersebut hanyalah sebagai senaman yang berbentuk fisikal dan bukan berbentuk rohani.

Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment