Tuesday, December 11, 2007

Cinta SMS

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasadan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluhapatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri sayasendiri untuk hari-hari kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuhhati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untukdijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendampinghidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling pentingwanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelakdan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untukitu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialahorangnya.Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajiantinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenaliwanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendahbelum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dansaya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelakiberasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untukmemberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadirbeberapa kali.Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untukmengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar.Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlahperkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasamengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya.Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan imandan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranyaamat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuaraketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya danmaruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecualidia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapidengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya,itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkanorang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yangperlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semuaitu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Sayabertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di sampingsaya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikanrespon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memangboleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekoksemasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalahlelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidakpernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batudaripadanya.


Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut.Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalanlancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia.Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungankami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapasuka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummiakan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnyasesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengansaya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buatsaya tak mampu membalas walau sepatah. "I haven't found any entry in Islam that permit what you are doingright now. I haven't heard from anyone that love before marriage ispermitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them.So, may I know what kind of relationship you are having now and Iwant to hear it from your mouth that it is legal in what you havebeen learning until now." "Not a single phrase, nor a word.""My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, youcan never build it on what Allah has stated as wrong and provenfalse by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy andblessed family come from Allah, and you don't even have anything todefend it as blessed if the first step you make is by stepping intowhat He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that standsuntil their dying day, they have Allah on their side. You can'texpect Him to help you if you did the wrong step from the verybeginning." Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahukebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawankehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yangdipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalamlingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecualiselepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah sayapelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lamadahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampuuntuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikansaya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini. Ummi berkata:"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatanitulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhentimengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia memintamaaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengansaya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaanyang jauh lebih baik dari sekarang.Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkanhati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui olehperasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kamimuhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segalakesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayahyang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kamiinsafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allahsudi maafkan kami. Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampumelawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsuyang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidupsaya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteritelah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Manamungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkanumur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akankembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hatisaya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya."Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat muliasebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kitatidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antaralelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.sdan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu? Mafraq, Jordan. [petikan dari www.iluvislam.com]

No comments: