Friday, October 12, 2007

Lari Lari Lari

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang patut disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruhNya dan juga kekasihNya. Dialah Tuhan yang berkuasa menghidupkan dan mematikan segala sesuatu dan kepadaNya lah kita semua akan dikembalikan. Al Qur’an yang telah diturunkan oleh Allah melalui malaikat Jibril a.s. kepada Nabi Muhammad adalah petunjuk dan ubat bagi mereka yang memanfaatkannya.

Setiap dugaan, setiap derita dan setiap duka yang kita hadapi ada kebaikannya. Begitu juga dengan penyakit, setiap penyakit yang dikenakan kepada manusia ada penyembuhnya. Kita hanya menunggu ubat itu tiba. Tapi perlu diingat bahawa satu2nya penyakit yang tidak dapat diobati ialah mati kerana mati itu adalah sesuatu yang hak, sesuatu yang pasti akan datang dengan segala apa cara pun. Tiada siapa yang akan dapat lari daripada mati apalagi menangguhkannya. Seseorang tidak akan dapat lari dari Malaikat maut.


Pada suatu masa dahulu, terdapat sebuah kisah yang berkisar mengenai orang yang coba untuk lari daripada mati lalu orang tersebut telah membina sebuah kubu. Kubu yang tahan lasak yang dapat menghalangi angina taufan, rebut banjir dan bahang api. Setelah kubu itu siap dibina, orang itu pun masuk ke dalam kubu itu dengan berbekalkan makanan dan minuman yang mencukupkan. Beberapa hari sudah berlalu dan orang tersebut merasa selamat daripada maut. Tanpa disangka-sangka, orang tersebut merasa sesak di dada. Dia merasa keadaan sekelilingnya seakan-akan berputar dan pudar. Tidak lama kemudian dia pun mati di tempat kejadian. Di mati di dalam kubu yang kukuh. Kita sebagai manusia yang sentiasa lupa perlu ingat bahawa mati akan datang dalam bentuk bermacam-macam. Manusia boleh mati dari jatuh atau terjun dari bangunan yang tinggi, mati digigit nyamuk, mati dilanggar lori atau mati termakan biji durian (mati tercekik). Walau apapun keadaan yang kita berada ataupun di mana jua kita berada, malaikat Izrail pasti akan datang menjemput kita pulang ke pangkuan yang Maha Kuasa.

Berdasarkan dari cerita di atas, banyak pelajaran yang dapat kita ambil. Salah satu daripadanya ialah untuk mempersiap diri kita sebelum maut tiba dan memperbanyakkan amal ibadat kita kepada Allah agar kita yang berjumpa dengan Dia dalam keadaan yang amat gembira dan Dia redha kepada kita dan sebaliknya. Bukan mempersiapakan diri kita untuk lari daripada mati. Lari daripada mati bagaimana? Berlagak seperti mati itu adalah sesuatu yang tidak akan berlaku, kalau tidak pun belum lagi. Barangkali orang kebanyakan akan merasa diri mereka masih lagi MUDA dan tidak mungkin mereka yang mati dalam usia yang muda. Jika kita perhatikan, diakhir-akhir ini, banyak kemalangan yang menyebabkan kematian yang berlaku ke atas orang “muda”. Kita hendaklah berwaspada di atas tanda yang Allah ingin perlihatkan kepada kita. Kita mungkin ada mata yang sehat, yang dapat melihat alam sekitar, perkara2 yang batil & mungkar tetapi kita tidak mungkin bias melihat perkara2 yang mengerakkan MATA HATI kita. Mati hati apa? Mata hati ialah satu anugerah yang diberikan oleh Allah kepada hamba-hambaNya yang ingin membersihkan diri mereka daripada perkara2 maksiat dan dosa. Perlu diingat bahawa mata hati yang dianugerahkan oleh Allah tidak diberikan kepada semua dan orang2 yang seperti adalah mereka yang telah diberikan hidayah oleh Allah, insya Allah. Dialah Tuhan yang HANYA dapat memberikan seseorang itu taufik dan hidayah.

Sesiapa yang ingin berjumpa dengan Allah hendaklah sentiasa memikirkan samaada adakah kita sudah sedia untuk menghadapNya. Jika jawapannya YA, alhamdulillah, jika tidak, maka, kita hendaklah berusaha dengan kuat dan gigih lagi untuk mencapai nikmat kesempurnaan iman yang sebenar, iaitu melakukan amal kebajikan hanya kerana Allah yang Maha Pengasih. Nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad saw walaupun telah dijamin oleh Allah untuk mentp di syurga, Baginda masih lagi beribadat mengalahkan umatNya. Beliau pernah diriwayatkan beribadat sehingga kaki Baginda bengkak-bengkak dan Baginda akan menjada setiap tutur dan gerak geri agar Baginda tidak dibenci oleh Penciptanya.

Kita sebagai umat Nabi Muhammad saw patut berasa sentiasa dalam keadaan yang serba kekurangan kerana tiada siapa yang bias mengikut apa yang dibuat oleh Rasulullah TAPI itu tidak bermaksud kita berputus asa dengan keadaan demikian, akan tetapi, kita hendaklah mengerakkan sendi dan hati kita untuk intiqomah dalam beribadat. Allah paling suka orang yang beribadat sedikit tapi berterusan (tidak bermusim). Jika kita perhatikan, orang kafir akan sentiasa membuat kita lalai daripada mengingat mati. Mereka akan penuhi kaca TV dengan adengan2 yang membuat kita lalai dari menyebut nama Allah sehinggakan ada yang sanggup mempercepatkan solat mereka hanya untuk sebuah cerita tamil yang lebih kurang sama jalan ceritanya. Paling teruk lagi, ada yang solat dihadapan kaca TV yang tidak ditutop suaranya.

Umat Islam sekarang diambang dilemma yang menghancurkan umat Islam sendiri kerana kebanyakan dari umat Islam sudah terlalu cenderung dengan nikmat kehidupan yang sementara sahaja. Mereka lebih suka berfikir tentang habuan dunia lebih lagi daripada habuan akhirat. Ini adalah disebabkan oleh kejahilan dan sikap tidak ambil endah dan tidak ingin mendalami Islam secara lebih mendalam lagi. Mereka lebih suka mengetahui perkara2 yang dibuat oleh artis-artis yang popular, siapa yang bertunang, siapa yang bercerai dan artis mana yang sudah menjadi lagenda ataupun yang telah berjasa kepada industri filem. Sebenarnya banyak lagi perkara2 yang tidak kita sedari yang telah dicipta oleh orang yang bukan beragama Islam. Lagu2 cinta barat yang disajung oleh orang Islam, filem orang barat yang disabar ditunggu oleh orang Islam dan makanan promosi (walaupun halal) yang ditunggu oleh kanak2 dan remaja dalam masyarakat kita.

Setiap diri kita mempunyai tanggungjawab, iaitu tanggungjawab untuk menyedarkan orang yang berada di bawah tanggungan kita dan orang yang berada di sekiling kita agar mereka ini sentiasa terjaga dari faktor2 yang akan menyebabkan keruntuhan akhlak umat Islam seterusnya akan menyebabkan kebangkitan orang bukan Islam di muka bumi Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Perkasa. Hindarilah sebelum yang terburuk berlaku. Wallahu'alam.



No comments: