La ilaa ha ill lallah
Semua kemegahan, keangkuhan, kebesaran dan kesombongan adalah kepunyaan Allah. Dialah yang mengetahui segala pekara yang ghaib, yang mengetahui bagaimana perasaan umat-umat yang mengalami kehancuran disebabkan keingkaran mereka kepada Allah dan utusan-utusanNya. Balasan pahala adalah bagi mereka yang sabar dan tekun beribadat kepada Allah dan balasan yang tidak bisa digambarkan oleh akal fikiran kita yang terbatas. Jika Allah berkehendak, Dia akan menghancurkan umat Nabi Muhammad dan mengganti kita dengan umat yang lain kerana Dialah yang berkuasa atas segala sesuatu, Dialah yang Hak yang mempunyai kuasa yang hakiki.
Kemusnahan dan kehancuran sesuatu umat banyak disebutkan di dalam Al Qur'an dan sebagai umat Islam yang sentiasa patuh dengan peraturan-peraturan yang telah digariskan dalam Islam, kita sepatutnya mengambil pelajaran adan menggunakan akal fikiran kita memikirkan kisah-kisah yang terdapat di dalam Al Qur'an. Salah satu pengajaran yang kita patut perhatikan ialah bagaimana kaum Nabi luth yang dihancurkan oleh Allah dalam sekedip mata. Kaum luth adalah kaum yang dikutuk oleh semua mahkluk di langit dan di bumi. Mereka adalah kaum yang melampau batas! Mereka adalah kaum yang melakukan homoseksual iaitu lelaki sama lelaki dan wanita bersama wanita (gays and lesbians). Lelaki yang cenderung (suka) kepada lelaki dan wanita yang cenderung kepada wanita. Ketahuilah bahawa mereka yang bersikap demikian akan menerima siksaan yang sangat pedih. Allah telah menghancurkan kaum luth dengan mendatangkan hujan dari batu tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi sehingga tempat tinggal mereka telah menjadi seperti tempat yang tidak pernah didiami/dihuni oleh sesiapa.
Pada suatu ketika, Nabi Muhammad yang kita cintai telah melintas suatu kaum sama seperti di atas. Lalu, baginda telah mengerahkan orang-orang di belakangnya untuk menangis kerana baginda hendak menggambarkan betapa takutnya baginda kepada azab yang akan ditimpakan oleh Allah kepada kaum tersebut. Pada akhir zaman ini, semakin banyak manusia yang bersikap sama seperti kaum terkutuk di atas. Yang paling menyedihkan lagi ialah mereka adalah orang yang mengaku diri mereka Islam tetapi berkelakuan seperti orang yang bukan Islam. Segala puji bagi Allah, Allah tidak akan mengubah nasib seseorang sehingga mereka yang mengubah diri mereka sendiri. Jika seseorang itu mempunyai iman yang kukuh dan pendirian yang kuat, tidak mungkin seseorang itu akan terjebak dengan gejala yang songsang ini.
Kita sebagai umat Islam hendaklah peka dengan keadaan persekitaran kita kerana kita hidup dalam masyarakat dan setiap seorang Islam lelaki dan wanita mempunyai tanggungjawab kepada Allah. Ada mungkin yang akan mengatakan "jangan jaga tepi kain orang". Pendapat ini adalah pendapat yang akan menyebabkan kemurkaan Allah. Selemah-lemah iman ialah mereka yang membuang benda yang tajam di jalan dan selepas itu, tiadalah iman. Sekuat-kuat iman ialah mereka yang mampu mencegah kejahatan dengan menggunakan tangan mereka, jika tidak mampu, maka gunakanlah dengan cara lisan dan jika cara itu pun kita dapat, kita hendaklah mencegahnya dengan hati dengan cara membenci kemungkaran tersebut.
Perkara yang kadang-kadang kita tidak sedari ialah jika kita tidak menghalang kemungkaran dan maksiat berlaku dihadapan mata kita, kita dengan tidak secara langsung meng'iya'kan perbuatan tersebut. Dengan kata lain, mereka yang menyaksikan perbuatan maksiat adalah sama seperti mereka yang melakukan. Kenapa? Jika difikirkan secara mendalam, jika seseorang Islam suka melihat kepada benda-benda maksiat seperti perempuan beraksi ghairah dengan perempuan yang ataupun lelaki bersama lelaki, orang itu sebenarnya menyokong perbuatan tersebut. Dengan kemudahan internet, syaitan dan kuncu-kuncunya akan lebih mudah untuk memesongkan akidah umat Islam kerana jika diperhatikan, barang-barang yang haram (maksiat seperti porn) sangat mudah untuk didapati.
Syaitan sejauh ini telah menepati janjinya kepada Allah SWT kerana semakin hari semakin banyak perkara-perkara yang diluar kawalan umat Islam. Benar, mungkin ada yang mengatakan "dosa aku sendiri yang tanggung", akan tetapi, perkara yang tidak disedarinya ialah Allah Maha Melihat segala sesuatu. Kita mungkin merasa kita seorang diri tetapi sebenarnya, Allah sentiasa Ada dan Dia akan sentiasa memerhatikan gerak geri kita di mana jua kita berada. Sebagai umat Islam yang mempunyai akal yang sempurna, kita hendaklah menguatkan ketahanan diri kita untuk menjaga diri kita dari terjebak ke dalam lembah kehinaan yang amat sangat kerana jika seseorang itu menjadikan hawa nafsu jahatnya sebagai Tuhannya, maka, Allah akan melepaskan dia dari pertolonganNya dan tiada siapa yang mampu untuk mengembalikannya ke pangkal jalan yang lurus.
Allah, Dialah zat yang menerima Taubat. (At-Tawwab). Sebagai umat Nabi Muhammad, kita hendaklah bersikap positif dan bersangka baik kepada Allah dan tidak berputus asa daripada rahmat Allah. Dengan bersikap demikian, kita akan lebih cenderung kepada kebaikan dan akan jauh daripada melakukan kejahatan walaupun sedikit. Sikap berputus asa ialah sikap orang yang fasik dan mereka akan dimasukkan ke dalam neraka. Syaitan akan memasukkan ke dalam diri kita sifat demikian dengan cara menghasut dan membisikkan ke dalam fikiran kita perkara-perkara yang akan membuatkan kita berputus asa. Mungkin ada di antara kita yang pernah bersikap sedemikian dan mungkin juga pernah melakukan perkara2 yang tidak sepatutnya. Oleh itu, kita disarankan oleh Nabi kita untuk melakukan sembahyang sunat taubat dua raka'at setiap hari jika mampu untuk memohon kepada Allah agar kesalahan-kesalahan dan segala dosa baik kecil mahupun besar diampunkan oleh Allah dan menerima kita sebagai hamba-hamba yang soleh/solehah.

No comments:
Post a Comment