Friday, June 29, 2007

Kekurangan dan Kelebihan (Kebolehan)

Segala puji bagi Tuhan yang telah memberikan kita ni'mat yang tidak terkira banyaknya. Dialah yang terAgung, yang Terunggul, yang Esa dan yang Maha Kuasa. Kepadanya kita semua akan dikembalikan dan hanya kepada Allah tertumpu segala maksud dan harapan. Kita berdoakan agar Allah SWT melimpahi rahmat dan keberkatan kepada Nabi Muhammad saw di atas usaha, kesabaran & keutuhan Baginda bagi memperjuangkan agama Islam yang murni lagi suci ini.

Manusia ialah sebaik-baik ciptaan Allah SWT dan kita seharusnya bersyukur dengan apa yang telah diberiNya kepada kita. Sifat-sifat manusia banyak disebutkan oleh Allah di dalam Al Qur'an. Di antaranya ialah manusia dijadikan bersifat; lemah, kikir, tergesa-gesa, tamak, jahil dan sebagainya. Kebanyakan sifat tersebut ada di dalam diri kita samaada kita ketahui atau tidak. Besar kemungkinan, ada juga di antara kita yang coba untuk menyangkal (deny) tentang sifat-sifat tersebut kerana kita tidak merasa sifat-sifat itu ada di dalam diri kita. Ini kerana, jika kita dapat melihat diri kita, orang lain mungkin dapat melihat. Ini sebenarnya salah satu cara untuk mengetahui keaiban sendiri.

Terdapat tiga cara untuk mengetahui kekurangan atau kelebihan yang ada pada diri kita. Ianya adalah seperti berikut:

1) Bertanya kepada orang;
2) Dengan mencermin diri kita (muhasabah) &
3) Dari keterangan orang.

Tidak boleh disangkalkan lagi bahawa bertanya adalah sesuatu yang sangat digalakkan di dalam Islam kerana di zaman Rasulullah, jika ada salah seorang sahabat tidak mengetahui sesuatu, mereka akan bertanya. Tapi perlu diingat bahawa perkara yang ditanya hendaklah sesuatu yang boleh dijawab oleh orang yang ahlinya kerana jika kita bertanya kepada orang yang bukan ahlinya, besar kemungkinan, jawapan yang kita terima akan menjadi tidak betul atau sesat. Benarlah apa yang diperkatakan oleh orang, "Malu bertanya sesat jalan". Jika kita berada pergi melawat sesebuah negara yang kita tidak pernah kunjungi, kita mungkin akan menyediakan beberapa persiapan seperti membeli peta, kompas dan sebagainya. Tapi kadang-kadang, walaupun kita sudah mempunyai barang kelengkapan tersebut, kita mungkin boleh tersesat juga.

Perkara yang ingin disampaikan disini ialah kita sebagai manusia hendaklah mengetahui keaiban terutama sekali kelemahan kita kerana dengan cara ini kita boleh memperbaiki diri kita untuk mencapai mercu kejayaan. Bertanya sebenarnya mudah. Kita boleh bertanya kepada orang yang terdekat kita seperti keluarga, adik beradik, ayah & ibu, kawan-kawan rapat dan sebagainya kerana barangkali mereka sudah "masak" dengan sikap kita sehari-hari sehingga kita tidak sedar apa yang kita buat. Akan tetapi, bertanya bukan semestinya kepada orang yang terdekat, kita mungkin boleh bertanya kepada orang yang kita baru kenali kerana menurut kajian, orang yang baru kita kenali mungkin dapat mengatakan jenis manusia apakah kita ini. Samaada kita seorang yang baik, jahat, kikir, mesra dan seterusnya. Padangan Pertama (First Impression) adalah sangat penting.

Cara yang kedua pula ialah dengan melihat keadaan kita sendiri tanpa pertolongan siapa-siapa. Cara ini mungkin berkesan dan mungkin tidak kerana ada kadang-kadang ada di antara kita yang tidak begitu prihatin dengan diri kita. Ada yang mempunyai kebolehan untuk mengetahui kebolehan dan kekurangan kita dengan pertolongan Allah jua. Kerana Allah adalah sebaik-baik Penolong. Tidak kurangannya juga manusia yang hanya bersikap sambil lewa dan tidak ambil berat tentang dirinya. Menanamkan rasa kesedaran untuk mengetahui kelemahan kita adalah sangat penting kerana dengan cara ini, kita akan menjadi orang yang kuat dari segi budi perkerti, percakapan kita akan teratur dan perbuatan kita akan menjadi penyumbang bagi pembangungan diri kita dunia dan akhirat.

Tanpa kita ketahui, ada juga manusia yang suka berterus terang tentang keadaan kita yang sebenar dan ini mungkin akan mencetuskan api kemarahan dan mungkin akan membuahkan benih kebaikan. Allah SWT telah menciptakan manusia dengan bebagai bangsa, warna dan sebagainya. Ada yang berani dan ada yang penakut, ada yang berkulit kuning langsat dan ada pula yang berwarna coklat. Walau apapun, jika ada di antara keluarga, kawan atau pun siapa sahaja mengatakan kepada kita sesuatu kelemahan dalam diri kita, kita hendaklah merasa bersyukur dan bersabar kerana ini adalah pentunjuk dari Allah (hanya Allah lebih mengetahui) agar kita mengubah sikap kita tersebut. Salah satu sifat yang menjahannamkan manusia ialah bersifat bakhil dan sikap ini terdapat kepada Qarun kerana dia merasa dirinya sudah cukup dan tidak mahu sujud (sembahyang) kepada Alalh. Mereka yang bakhil akan dikumpulkan bersama orang ini di akhirat kelak.

Memang, manusia tidak akan lepas daripada sikap-sikap syaitan yang terkutuk. Akan tetapi ini tidak bermaksud kita membiarkannya begitu sahaja seperti kereta-api yang lalu. Kita hendaklah bergerak lebih pantas dengan maksud, mengikis kelemahan-kelemahan yang ada pada diri kita agar kita bisa menjadi orang yang baik di dunia dan di akhirat. Mengetahui kekurangan dalam sembahyang kita sehendaknya menjadi kepentingan yang TERpenting dari hal-hal yang lain. Ingatlah bahawa setiap kelemahan boleh dibaiki dan setiap kebolehan boleh digandakan dan diperbaiki. Semoga Tuhan menempatkan kita dibawah naungannya ketika hari berbangkit kelak.





No comments: