Saturday, June 9, 2007

Allah menjawab Surah Fatihah

Dari Abu Hurairah ra, katanya Nabi saw bersabda: "Sesiapa yang tidak membaca Ummul Qur'an (Fatihah) dalam solat, maka solatnya tidak sempurna (Nabi mengulangnya sampai tiga kali). Lalu ditanyakan orang kepada Abu Hurairah, "Bagaimana kalau kami solat mengikut Imam?"

Jawabnya, "Bacalah perlahan-perlahan! kerana aku mendengar Rasulullah saw bersabda, bahawa Allah SWT berfirman: 'Solat itu Kubagi dua antara-Ku dan hamba-Ku. Untuk hamba-Ku ialah apa yang dimintanya. Apabila dia mengucapkan..

'Alhamdu lillahi rabbil 'alamin', (Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam)
Allah menjawab, 'Hamadani 'abdi' (Hamba-Ku memuji-Ku)

'Arrahmanirrahim' (yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)
Allah menjawab, 'Atsna 'alayya 'abdi' (Hamba-Ku menyanjung-Ku)

'
Maliki yawmiddin' (Yang menguasai Hari Pembalasan)
Allah menjawab, '
Majjadani 'abdi' (Hambu-Ku mengagungkan-Ku) atau 'Fawwadha ilayya 'abdi (Hambu-Ku berserah diri kepada-Ku)

'
Iyyakana' budu wa iyyaka nasta 'in' (kepada Engkau saja kami menyembah dan kepada Engkau saja kami meminta tolong)
Allah menjawab, '
Hadza bayni wa bayna 'abdi, wa li 'abdi ma saala' (inilah bahagian-Ku dan bahagian Hamba-Ku, untuk hamba-Ku apa yang dimintanya)

'Ihdinash shirathal mustaqim, shirathal ladzina an 'amta 'alaihim ghairil maghdhubi 'alaihim waladhdhaalin' (Pimpinlah kami ke jalan yang lurus, yakni jalan orang yang tidak Engkau murkai dan tidak pula jalan orang yang sesat)
Allah menjawab, 'Hadza li 'abdi, wa li 'abdi ma saala' (inilah bahagian hamba-Ku, untuknya apa yang dimintanya).

2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah..... akhirnya jelas sudah jawapannya.. actually i am searching this for a long time, tapi masih kurang lengkap semua penjelasannya, tetapi alhamdulillah sekarang semuanya sudah lengkap.. syukran...

Abdul said...

Sama2 kita meraih cinta yang abadi :)