Thursday, May 24, 2007

Kebanyakan manusia tidak bersyukur

Segala yang terbaik hanya untuk Allah.


MASA
adalah sesuatu yang sangat berharga yang tidak akan bisa diganti dengan laut yang dipenuhi dengan duit. Kita tidak akan dapat membeli masa kerana sesaat yang berlalu tidak akan kembali walaupun dengan menggunakan apa cara sekali PUN, kita tidak akan dapat mengembalikan masa yang lepas. Sesuatu barang mungkin dapat kita raih kembali jika kita berusaha dan bertawakkal kepadaNya.


Mari kita perhatikan sedikit tentang filem yang tidak asing lagi bagi kita iaitu "Back to the Future". Adalah tidak munasabah jika terciptanya sesuatu yang boleh merubah keadaan seperti apa yang diceritakan didalam filem ini. Hujan tak ada, ribut tak ada, kenapa cakap pasal MASA!? Seperti yang kita ketahui, masa semakin sehari semakin laju berlari, hinggakan kadang-kadang, sesuatu perkara yang kita rancang tidak siap kita kerjakan. Dalam surah Al-'Asr, Tuhan berfirman:

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." [Al-'Asr: 1-3]

Kalau kita perhatikan, surah diatas mempunyai makna yang sungguh berharga. Banyak alim ulama mengatakan yang masa yang disebutkan didalam surah diatas ialah waktu asar ('asr) kerana diwaktu inilah kebanyakan daripada kita lalai dengan keadaaan sekeliling. Lalai dengan minum petang; dengan meeting; dengan bersukan & sebagainya. Ana ingin memperingatkan kepada an'tum dan pada ana sendiri agar kita sentiasa sedar masa yang berlalu terutama sekali masa waktu sembahyang agar kita tidak termasuk orang-orang kebanyakan (majority). Allah SWT berfirman:

"Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur." [Saba: 13]

Pada suatu hari, seorang sahabat telah mendengar seorang tua sedang berdoa.."Ya Allah, jadikahlah aku diantara hamba-hambuMu yang sedikit." Selepas orang tua itu selesai berdoa, sahabat pun bertanya apa maksud doa itu. Orang tua itu menjawab, "Didalam Al Qur'an ada menyebutkan tentang orang yang bersyukur kepada ni'matNya adalah sedikit." (Seperti ayat diatas)(Ana minta maaf kepada pembaca jika ada kekurangan dan yang bertambah didalam cerita diatas)

Sebenarnya, banyak firman-firman Allah yang menyatakan manusia kebanyakannya tidak bersyukur. Untuk memastikan kita tidak tergolong dalam golongan kebanyakan adalah mudah iaitu dengan membuat semua yang telah diwajipkan dan menjauhi daripada perkara2 yang mengheret kita ke neraka.

Selepas mengucap dua kalimah shahadah, rukun Islam yang kedua yang wajib kita kerjakan ialah mengerjakan sembahyang 5 waktu sehari semalam. Kita hendaklah menjaga sembahyang kita sepertimana kita menjaga anak kita, isteri kita dan sebagainya, bahkan lebih dari itu. Rasulullah pernah bersabda yang kira kira bermaksud, jika sembahyang seseorang itu baik, maka baiklah kesudahannya dan sebaliknya. Akan tetapi, hendaklah diingat yang sembahyang yang kita lakukan itu hendaklah niat kerana Allah kerana jika tidak, sembahyang itu akan menjadi sia-sia. Salah satu usaha kita untuk mencapai tujuan tersebut ialah dengan cara mendalami sembahyang dari segenap penjuru. Barangkali untuk menghuraikan dengan terperinci akan mengambil masa yang lama. Oleh itu, ana kana membuat artikel yang menbentangkan perkara2 yang wajib kita ketahui semasa sembahyang, insyaAllah.


Semoga Tuhan menjauhkan kita dari panas api neraka..

No comments: