Kamu ingin menjadi orang yang terkenal?
Terdapat 4 jenis manusia di dunia:
1) orang yang dikenali oleh penghuni di bumi tetapi tidak dikenali oleh penghuni di langit
2) orang yang tidak dikenali oleh penghuni di bumi tetapi dikenali oleh penghuni di langit
3) Orang yang tidak dikenali oleh penghuni di bumi dan di langit
4) Orang yang dikenali oleh penghuni di bumi dan di langit
Orang yang pertama ialah orang yang melanakan kebaikan untuk mengharapkan pujian manusia dan ingin mencari redha manusia (bukan kerana Allah)
Orang yang kedua pula ialah orang yang melanakan amal kebajikan secara sembunyi2 dan hanya mengharapkan keredhaan Allah
Orang yang terakhir sekali ialah orang yang melanakan kebaikan kepada manusia kerana Allah dan juga melanakan amal ibadat semata-mata ingin mencari keredhaa-NYA dan ini adalah sebaik2 manusia.
(Peringatan: Apa yang telah ana tulis di atas adalah berdasarkan dari apa yang ana ingat dari ceramah yang ana dengar dalam radio, jika salah diharap betulkan)
Pernahkah kita terfikir manusia jenis apakah kita? Sebagai hamba Allah yang menciptakan kita semua, kita sepatutnya ingin menjadi orang yang sentiasa melanakan amal kebajikan atau ibadat hanya kerana Allah dan berserah diri kepada Tuhan sepenuhnya.
Keadaan sekarang pula terbalik, ada yang ingin dikenali oleh manusia untuk meraih popularity, pangkat, kedudukan, dan sebagainya, akan tetapi, niat kita hanya Tuhan yang mengetahui. Kita mungkin mengeluarkan sesuatu perkataan walhal hati tidak bermaksud sedemikian. Perkara ini sebenarnya berkait rapat dengan sembahyang yang kita lanakan sehari semalam.
Salah satu perkara sunat yang kita boleh lanakan semasa sembahyang ialah DOA IFTITAH iaitu selepas mengangkat takbir. Pengertian doa tersebut adalah seperti dibawah:
Tidak ada sekutu bagi-Nya dan ana rela diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagi-Nya. Dan ana adalah dari golongan orang muslimin.”
Semasa kita membaca doa di atas, kita hendaklah (sepatutnya) faham dengan makna2 disebalik apa yang kita cakap kerana jika tidak, kita adalah seperti orang yang dalam keadaan mabuk. Seperti firman Allah SWT didalam Al Qur'an
"...janganlah mendekati solat apabila kamu sedang mabuk, sehingga kamu mengetahui apa yang kamu ucapkan." (4:43)
Ana teringat akan suatu cerita dizaman Rasulullah SAW dimana bilal yang kita semua ketahui adalah tukang azan dizaman Rasulullah.SAW. Dipendekan cerita, seorang lelaki telah pergi berjumpa Nabi Muhmmad dan menyatakan yang suaranya lebih merdu dari bilal. Rasulullah pun memberitahu lelaki tersebut agar bersabar hingga peluangnya tiba. Setelah peluangnya datang, lelaki ini pun azan dengan sebaik2nya hingga selepas beliau azan orang tertanya tanya, suara siapakah yang azan tadi?Selepas beberapa waktu kemudian, malaikat bertanya kepada Rasulullah SAW, kenapa tadi tidak kedengaran bunyi azan wahai Rasulullah? Baginda menjawab,”ada, azan telah dilaungkan oleh seorang lelaki yang lebih merdu suaranya dari Bilal".
Dari sini kita boleh melihat yang bilal melaungkan azan semata2 kerana Allah dan bukan kerana pujian dan jika sekiranya seseorang itu ikhlas dalam melanakan sesuatu dengan ikhlas, mahkluk dilangit akan tahu.
Semoga Tuhan memberi kita taufik dan hidayah-Nya.
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment