Saturday, May 12, 2007

Fadilat solat dimalam akhir

Semoga Allah menglindungi kita dari segala kejahatan,

Somehow, ana rasa, I have only been mentioning tentang menjaga sembahyang dan efeknya arah kita semua. And the one thing that Ive never mentioned here is fadilat orang yang menjaga sembahyangnya, ada pulang kali tapi not that specific. Ana ingin menjemput sesiapa yang membaca blog berfikir tentang fadilat sembahyang sunat seperti sunat rawatib sunat tahajjud sunat witir dan selanjutnya...

Ana pernah terbaca dan mendengar yang solat sunat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat sunat tahajjud kerana dimasa ini Allah Ta'ala akan turun ke bumi untuk melihat siapa diantara hamba2NYA yang meninggalkan tempat tidurnya yang empuk untuk bermunajat kepadaNya. Sila baca selanjutnya..

Kelebihan Solat Tahajud

Orang yang rajin melakukan solat sunat tahajud mendapat 9 kelebihan. 5 daripadanya diperoleh di dunia, manakala selebihnya akan diperoleh di akhirat.

5 kelebihan yang diperoleh di dunia:

  1. Allah akan menyelamatkannya daripada bencana
  2. Tanda berkat pada wajahnya
  3. Disukai oleh ramai manusia
  4. Allah jadikannya seorang yang bijaksana
  5. Bila bercakap penuh hikmah

4 kelebihan yang akan diperoleh di akhirat:

  1. Wajahnya bercahaya
  2. Diringankan hisab
  3. Menyeberangi titian sirat seperti kilat yang menyambar
  4. Dapat buku amalan dengan tangan kanan

"Ya Allah...ringankan tubuh badan kami untuk bangun mengadap dan bermunajat padaMu di sepertiga malamMu..."

credit to http://ummsyuhada.blogs.friendster.com

No comments: