Thursday, June 25, 2009

Syubhat

Kita ucapkan puji dan syukur kepada Allah kerana dengan izinNya jua kita masih diberikan nikmat islam, iman dan ihsan. Selawat dan salam kepada nabi junjungan, penutup nabi, nabi yang terakhir, yang kita sayangi dan selalu rindui, Nabi Muhammad serta keluarga dan sahabat baginda di atas jasa dan pengorbanan mereka demi untuk mengembalikan manusia kepada jalan yang lurus, mengetuk dada2 mereka agar kembali kepada mentauhidkan Allah dan agar hidup sebagai seorang muslim bukan saja pada nama tapi juga pada lisan tingkah laku dan juga perbuatan.

Setiap saat manusia akan berdepanan dengan dua pilihan iaitu jalan yang lurus dan bengkok (salah) dan di antara kedua jalan tersebut, terdapat satu jalan tidak begitu pasti arahnya yang selalunya menyebabkan kita susah untuk membuat pilihan; teruskan, berhenti ataupun berpaling kebelakang. Di dalam islam, yang halal itu jelas dan yang haram itu pun jelas sesuai dengan sabda Nabi Muhammad yang berbunyi:

"Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu pun jelas. Dan di antara kedua-duanya ada perkara-perkara yang samar (syubhah), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Maka, barangsiapa memelihara (dirinya) dari segala yang samar, sesungguhnya ia memelihara bagi agamanya dan kehormatannya… "

Hadis ini jelas menyatakan bahawa perkara2 yang tidak pasti akan puncanya adalah lebih baik ditinggalkan. Perkara2 syubahat bukan sahaja tertumpu kepada permakanan, akan tetapi, ianya merangkumi semua perkara2 yang kita lakukan sehari-hari, mingguan dan seterusnya. Sebagai contoh, terdapat beberapa perkara yang dilakukan di kawasan tanah melayu yang kita tidak pasti tentang asal usulnya sehingga ianya boleh menyebabkan ketegangan di dalam keluarga dan masyarakat.

Jika seorang hamba Allah ingin dikebumikan, pihak si mati hendaklah mendapatkan kain berwarna hijau yang ditulis dengan kalimah2 Allah untuk menutupi perjalanan si mati ke tempat pengebumian. Jika kain tersebut tidak ditemui, maka, mayat tersebut terpaksa terlantar di dalam rumah sehingga kain tersebut dijumpai. Bukan sahaja perbuatan tersebut tidak mempunyai dalil ataupun nas yang sahih, tapi ianya juga boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada mayat tadi bahkan kepada orang yang berada di sekitarnya.

Dari segi makanan pula, kita dengan hati yang yakin dapat menerima bahawa air kelapa adalah halal kerana walaupun ianya kadang2 dicampur dengan satu guni gula, tapi kita masih yakin bahawa air itu halal dan boleh diminum. Berlainan halnya minuman2 datang dalam bermacam warna dan rasa. Walaupun dberikan cap halal, jika kita perhatikan ramuan yang terdapat di belakang kotak ataupun tin tersebut, kita akan dapati bermacam-macam ramuan yang dimasukkan sehingga menyebabkan timbulnya sangsi di dalam hati kita. Persoalannya sekarang ialah, “Adakah kita melakukan/memakan sesuatu perbuatan/makanan yang tidak menimbulkan rasa was was di dalam dada?”

Seorang kawan saya pernah bercerita tentang pengalamannya di Makkah. Semasa berjalan-jalan, dia terserempak dengan seorang sahabat yang baru dikenalinya. Sahabatnya sedang berdiri di hadapan sebuah kedai makanan. Dengan rasa gembira, kawan saya pun menyapa sahabatnya tadi. Selepas memberi salam, kawan saja pun bertanya, “Kenapa kau berdiri di sini?” Sahabatnya lalu menjawab, “Saya tertanya-tanya adakah kedai coklat ini halal atau tidak..?” Kawan saya pun terkejut mendengar jawaban yang diberikan kerana mereka semasa itu berada di tanah suci Makkah! Akhirnya, sahabat kawan saja tadi beredar dari tempat itu dan membuat keputusan untuk tidak masuk ke kedai tersebut.

Kita mungkin akan menyangka bahawa orang di atas adalah seorang manusia yang mempunyai sifat berhati-hati yang tinggi. Ada juga yang akan mengatakan bahawa orang tadi adalah orang yang melampaui batas dan ada juga yang akan menyangka bahawa orang tadi hanya sekadar belagak di hadapan orang. Jika kita sandarkan semula, hadis yang disebutkan oleh nabi, “….barangsiapa memelihara (dirinya) dari segala yang samar, sesungguhnya ia memelihara bagi agamanya dan kehormatannya..”, orang tersebut telah mampu memelihara agamanya dan kehormatannya walaupun di dalam kedai/restoran tersebut mungkin terdapat beberapa orang yang memakai serban dan jubah putih.

Perkara yang kita biasa perhatikan ialah orang islam akan menyangka sesuatu restoran itu halal jika terdapat orang yang bertopi putih (topi haji) dan bertudong makan di dalamnya walaupun restoran itu sebenarnya bukan dipunyai oleh orang islam. Oleh sebab itu, tanggungjawab sebagai seorang imam, mufti dan orang yang mempunyai nama di masyarakat memikul satu beban yang berat kerana sebagai contoh yang melampau, jika seorang ulama sudah mula meminum arak di khalayak ramai, orang ramai yang berada di sekelilingnya akan menyangka minuman arak sudah dihalalkan dan ayat yang menghalalkan sudah turun. Naudzubillah.

Rasanya, tahap pemedulian seseorang terhadap perkara2 yang syubhat tergantung kepada ilmu dan tinggi rendah iman seseorang. Begitu juga halnya dengan tindak tanduk kita seharian, ianya tertakluk kepada keinginan kita untuk beriman. Orang yang ingin mendekatkan diri kepada Allah, akan sentiasa memastikan waktu solatnya terjaga. Orang yang pertengahan pula akan solat apabila “rasa” untuk solat sudah ada dan yang terakhir sekali ialah mereka yang tidak langsung ingin memperkuatkan hubungannya dengan Allah dan solatnya hanyalah dilakukan seminggu sekali ataupun tidak solat sama sekali.

Imam Thabrani mengetengahkan sebuah riwayat bah¬wa Rasulullah saw telah bersabda: "Sesungguhnya Allah akan menguji salah seorang di antara kamu dengan musibah sebagai¬mana salah seorang di antara kamu menguji emas miliknya dengan dibakar. Di antara mereka ada yang keluar seperti emas murni, dan mereka itulah orang-orang yang diselamatkan Allah dari segala perbuatan syubhatt. Dan di antara mereka ada yang keluar seperti emas yang hangus (hitam), dan mereka itulah orang-orang yang banyak mendapatkan cobaan."

Setiap diri anak adam dicoba menurut kadar kemampuannya (Surah Al Mu’minuun: 62). Jika kita lihat perjalanan hidup baginda Rasulullah sallahu ‘alaihi wassalam, kita akan dapati bahawa sejak baginda mula membawa risalah yang berat (Al Qur’an) dan menyebarkannya, baginda didatangi dengan bermacam-macam godaan yang mungkin susah bagi kita manusia biasa menerimanya. Di suatu saat, Abu Jahl telah melempari isi perut kambing semasa baginda sedang solat. Apa halnya jika yang sedemikian rupa berlaku kepada kita? Adakah kita akan mengamuk sambil menghayun parang besi yang bertagar lalu memancung orang yang berlaku aniaya kepada kita ataupun membiarkan ia pergi sahaja dan memberikannya wang RM$10 juta?

Sebagai seorang muslim, kita hendaklah menjaga dan menjauhkan diri kita daripada perkara2 yang syubhat kerana pergorbanan kita di dunia akan dilipat gandakan oleh Allah di dunia ataupun di akhirat nanti. Kita perlu kita memberikan sokongan (support) perniagaan2 ataupun kedai makan orang bukan islam (walaupun berlogo halal) sedangkan banyak lagi pengusaha islam sendiri yang masih terkapai-kapai hanya untuk bertahan selama beberapa bulan. Bukan untuk mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram (An Nahl: 16), kita sebenarnya mempunyai banyak pilihan daripada makan makanan yang dibuat oleh tangan mereka yang tidak bertuhan, menduakan Tuhan (syirik) dan percaya kepada Tuhan tapi tidak percaya kepada kekuasaanNya.

Sebagai penutup, sila perhatikan hadis di bawah:

Sahabat Imran bin Hushain ra berkata, bahwa Nabi saw telah bersabda: "Sebaik-baik kamu sekalian adalah orang-orang yang sezaman denganku (para sahabat), kemudian orang-orang yang bertemu dengan para sahabat (tabiin), kemudian orang-orang yang bertemu dengan tabiin (tabiut-tabiin). Kemudian sesudahku nanti akan datang segolongan kaum yang bersedia menjadi saksi tetapi tidak bersedia diberi kesaksian. Mereka banyak berdusta, dan tidak lagi dapat dipercaya. Mereka banyak bernadzar, dan enggan melaksanakannya. Mereka kelihatan gemuk-gemuk (karena banyak memakan barang syubhat)."

Wallahu’alam.

Read On......