Thursday, May 28, 2009

Yang Sedap Di Mata

Puji dan syukur kita panjatkan kepada Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya jua kita sebagai hamba-hambaNya masih lagi ada keinginan untuk menempuh jalan yang susah tetapi satu jalan yang jika ditempuh secara berterusan, maka akan datanglah lagi kesusahan dan tika saat seakan-akan tiada harapan, diri kita dibangkitkan dengan satu kuasa yang menyuruh kita supaya terus berjuang.

Sebagai manusia yang telah diciptakan oleh Tuhan, sudah setentunya kita akan berhadapan dengan berbagai suka duka pahit manis kehidupan dan di setiap kejadian, Allah telah memberikan pengajaran baik yang dijadikan sebagai iktibar ataupun sebagai modal supaya kita dapat hidup lebih berhati-hati di atas muka bumi Allah ini. Agar kita dapat menarik nafas panjang, tahan dan melepaskan api yang membara di dalam badan.

Sememangnya, syaitan akan sentiasa membisikkan kepada kita perkara2 yang secara fitrahnya menyebabkan Allah benci kepada kita. Kadang2, hati kecil kita dibisikkan oleh suara yang menyeru kepada bersangka buruk kepada Tuhan. Kita akan menyangka bahawa setiap kejadian buruk yang menimpa kepada kita adalah kerana Allah bencikan kita ataupun menganiaya kita. Tapi apabila manusia ditimpakan dengan sesuatu yang baik, mereka akan berkata bahawa Allah sayangkan mereka dan sebagainya. Ini sesuai dengan apa yang difirmankan oleh Allah dalam Surah Al Fajr Ayat 15-16.

Perlu diketahui bahawa kehidupan yang kita ada sekarang adalah satu hiburan yang berakhir apabila lonceng yang pertama digegarkan. Kita semua akan lari bertempiaran macam orang yang mabuk tapi sebenarnya mereka tidak mabuk sehinnga perempuan2 yang mengandung akan keguguran anak dan sebagainya. Tidak seorang pun yang akan peduli tentang diri kita melainkan diri kita sendiri dan keresahan, kesedihan dan air mata akan berlinangan sajalah yang akan menjadi teman.

Hiburan adalah harus selagi perkara2 yang difardhukan tidak ditinggalkan ataupun dilalaikan. Akan tetapi, banyak daripada kita mungkin beranggapan ataupun memandang apa yang dijanjikan oleh syurga, pahala, nikmat, kesedapan dan sebagainya tidak lebih daripada satu hayalan ataupun andaian2 untuk dijadikan sebagai pemankin semangat hanya apabila diri kita berada di bawah dasar lautan. Kita tidak kenal siapa Tuhan melainkan apabila bencana mendatang.

Adakah disebabkan serangan2 fikiran yang dilakukan oleh orang yang tidak suka kepada pengabdian diri kepada satu Tuhan? Atau mungkinkah kita sudah termasuk di dalam satu curam yang dalam sehingga kita lupa tujuan awal kita dilahirkan? Atau adakah kerana hati kita yang dulunya putih cemerlang telah menjadi hitam muram sehinggakan untuk menerbitkan rasa simpati kepada ayah atau ibu sendiri pun terpaksa menggunakan bawang?

Cahaya yang dibawa oleh nabi kesayangan kita sebenarnya masing terang berkilauan tetapi yang sayangnya ialah kita lebih suka kepada cahaya-cahaya yang mendatangkan hasil yang sudah dapat dijamah dengan tangan. Perhatikan saja kelab-kelab malam yang walaupun diluarnya nampak gelap tetapi sesudah melangkah ke dalam, cahaya kuning, merah, biru dan hijau menjadi penyuluh mencari minuman. Kita rasa simpati dengan keadaan mereka yang masih lagi tidur di dalam pendingin udara yang memecah kesunyian.

Masalahnya ialah kita sanggup mempertaruhkan jiwa kita dengan sesuatu yang tidak pernah dilihat dengan mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah dirasa oleh lidah. Kita tergamak menjual akidah kita hanya untuk mengetahui nasib kita daripada seorang peramal ataupun tok nujum pak belalang ataupun dari website2 yang direka khas untuk merosakkan setiap anak adam. Setiap hari kita melakukannya tanpa rasa segan silu tanpa memikirkan nasib kita di akhirat kelak.

Sekarang kita tanya diri kita? Apakah satu benda yang kita terasa seakan-akan terbang di angkasawan apabila kita memandang? Mungkin ada di antara kita yang menjawab pemandangan laut, sunset, hutan, wanita yang jelita, lelaki yang menjulingkan mata, barang2 yang berkilauan dan banyak lagi jawapan2 yang kalau ditulis hanya akan menaikkan kebosanan para pembaca sekalian.

Di dalam Al Qur'an, Allah telah berfirman dalam surah As Sajadah Ayat 17, "seorangpun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu bermacam-macam ni'mat yang menyedapkan mata sebagai balasan terhadao apa yang telah mereka kerjakan".

Segala puji bagi Allah, dalam ayat tersebut Allah menyatakan bahawa tidak seorangpun mengetahui apa yang disembunyikan..Coba kita lihat ayat ini. Perumpaannya adalah seperti seorang guru yang menyediakan kerta ujian untuk murid-muridnya. Dan cikgu tadi memberitahu jawapan kepada kertas soalan tadi. Allah seterusnya menyambung..bermacam-macam..."

Allah Maha Tahu apa yang ada dalam hati kita masing2 sehinggakan pada suatu hari nanti, Allah akan menunjukkan kepada kita sesuatu yang masya Allah, mungkin kita terdiam, mungkin kita menitiskan air mata, mungkin kita melompat-lompat keriangan dan mungkin kita ternganga kerana terkejut melihat pemandangan yang terlalu susah untuk dihuraikan dalam karangan.

Kalau di dunia, kita mungkin akan bosan melihat pemandangan2 yang sama setiap minggu, bulan dan seterusnya. Kita berkehendak kepada perubahan dan ingin mencoba sesuatu yang diluar dugaan walaupun dengan mengadai badan. Semoga Allah menjauhkan. Jika di akhirat kelak, kita tidak akan merasa bosan dengan pemandangan2 yang ada, minuman, makanan, bidadari2 dan lelaki2 yang sentiasa muda akan sentiasa melayan mereka yang sepatutnya tanpa rasa bosan.

Jadi, adakah kita akan melihat sesuatu yang sedap di dunia dengan sesuatu yang sedapnya berkekalan? Ingatlah bahawa ni'mat yang ada di dunia tidak dapat menandingi ni'mat yang bakal kita terima kelak. Semoga Allah sentiasa memberikan kita semua hidayah yang berterusan dan menetapkan kita dalam jalan diredhaiNya. Ameen

Wallahu'alam.

Read On......

Friday, May 1, 2009

Perubahan Mengejut

Perubahan adalah berganjak daripada satu keadaan yang lebih baik daripada keadaan sebelumnya. Kadangkala, perubahan juga bermaksud berubah daripada keadaan yang biasa kepada keadaan yang lebih teruk. Tapi ingat, ada pula mereka yang tidak suka ataupun lebih suka kepada keadaan asal. Sebagai contoh, manusia yang hidup dari isnin sehingga ahad, setiap perkara yang dilakukannya adalah routine (pekerjaan harian) dan tidak mendapatkan walau sekecil-kecil perubahan (+ve) pun. Langsung tidak mendatangkan faedah baik bagi diri badan sendiri mahupun kepada orang lain.

Jika kita perhatikan, kita sememangnya terdedah kepada perubahan yang berterusan. Orang yang susah akan berkehendak kepada kehidupan yang senang, orang yang lemah akan menginginkan agar badannya sentiasa cergas, orang yang tidak berkelulusan ingin menjadi orang yang berpelajaran. Hatta, diri kita sendiri pun mengalami perubahan. Setiap saat, kulit yang dulunya tegang akan menjadi kendur walaupun berbagai produk yang digunakan untuk mem"perlahankan" proses penuaan (aging). Daya ingatan kita akan berkurangan perlahan-lahan sehinggalah kita tidak lupa asal usul kita yang sebenar.

Walauapapun, kita perlu ingat bahawa perubahan baik kepada diri kita, orang2 disekeliling kita dan juga persekitaran akan sentiasa berubah samaada kita menyukainya atau tidak. Suara halus seperti yang difirmankan oleh Allah dalam surah Asy Syams di ayat 8 dan 9 akan berlangsung sehinggalah jiwa kita bercerai dengan jasad dan mereka yang memilih jalan kebaikan akan tahu bahawa apabila mereka melakukan sepertimana yang diilhamkan, syurga dan pahala yang dijanjikan oleh Tuhan adalah sangat mudah untuk dikecapi.

Bagaimanapun, perubahan juga perlu kepada kemahuan, keyakinan, ketelitian, kewaspadaan dan dayatahan yang kuat kerana perubahan yang mengejut akan menyebabkan keluarga, kawan2 dan juga saudara mara akan memandangkan serong kepada kita walaupun perubahan kita adalah sesuatu yang positif. Kadang2, kita terlepas padang sehingga kita menyangka bahawa semua orang faham apa yang kita cuba ingin lakukan. Kita menyangka bahawa ahli keluarga kita akan tidak tertanya-tanya bagaimana perubahan tadi terjadi.

Cuba kita perhatikan sejenak. Azim yang berumur 18 tahun sehinggalah 22 (apabila perubahan berlaku) tahun yang kehidupannya dipenuhi dengan pelbagai corak maksiat yang berlainan bentuk dan rupa. Sebaik sahaja Allah memberikan dia hidayah, dia pun dengan sekelip mata berubah cara hidupnya seperti dahulunya, dia akan berbual dengan wanita tanpa batas, dia akan solat apabila penghunjung waktu dan sebagainya. Tidak semana-mana, dia pun menjadi orang yang warak dan akan memakai jubah semasa kuliah dan bercakap tentang deen Allah setiap waktu dan ketika.

Perkara yang mungkin berlaku ialah orang2 dengan Azim bergaul kelmarin akan merasa hairan dan terkejut melihat perobahan yang berlaku kepadanya. Kerana baru kelmarin, Azim dengan caranya yang tersendiri dengan tidak rasa segan silu untuk "sweettalk" sesiapa sahaja perempuan yang diberkenan dan kawan2nya tahu tentang skill ataupun kelebihan yang ada pada diri Azim tapi sekarang dia bukan sahaja menjauhi perempuan2 tersebut bahkan di malu untuk menghampiri apatah lagi bergaul dengan kawan2nya yang perempuan.

Kawan2nya pun menyangka bahawa Azim telah pun mengikuti ajaran sesat disebabkan perubahan drastik yang berlaku. Kawan2nya pun mula menimbulkan fitnah di sana sini sehinggalah Azim terasa terdesak untuk kembali kepada jalan yang mungkar. Disinilah perlunya dayatahan yang kuat kerana orang yang ingin berubah tetapi tidak mempunyai berhadapan dengan cobaan akan mudah kembali kepada jalan yang songsang. Orang yang ingin berubah juga perlu yakin bahawa jalan yang sudah dipilih adalah jalan yang diredhai oleh dan bukan jalan orang2 yang sesat dan yang zalim.

Contoh di atas memberikan sedikit gambaran tentang perlunya perubahan yang mengikut langkah2 yang teratur dan sistematik. Jika seseorang ingin membangun rumah, perkara yang paling penting sekali bagi kekukuhan rumah tersebut adalah dasarnya (piling) dan apabila kontraktor sudah yakin bahawa besi2 bagi mengukuhkan rumah tersebut sudah kuat, barulah kerja2 pembangunan rumah tersebut dilakukan.

Jika kita ingin berubah, kita perlu tahu keadaan diri kita dahulu sebelum ingin melakukan perubahan. Kita hendaklah tahu di mana kelemahan2 kita agar dari kelemahan tersebut, kita boleh mencari jalan keluar untuk menghilangkan ataupun mengurangkan kelemahan yang ada pada diri kita. Kita ingin pastikan bahawa perubahan yang kita lakukan adalah perubahan yang akan membuahkan hasil bagi diri kita, keluarga, sanak saudara, masyarakat dan terutama sekali bagi agama islam sendiri.

Sebagai penutop, perubahan adalah perlu bagi setiap individu muslim yang ingin untuk berjaya tapi untuk menjadi perubahan kita diterima oleh orang2 disekeliling kita, kita hendaklah coba untuk memahamkan kepada mereka kenapa perlunya perubahan dan kenapa tidak berkata "yes" to perubahan? Yang perlunya ialah perubahan yang positif iaitu perubahan yang membawa kesan yang positif seperti menaikkan taraf hidup dan juga menghadirkan kesinambungan antara pembangunan individu dan masyarakat tersebut. Walhal, perubahan yang negatif hanyalah menambahkan beban kepada bukan sahaja individu bahkan kepada agama islam itu sendiri.

Wallahu'alam.

Read On......