Showing posts with label M. Perkara-perkara makruh (detestable). Show all posts
Showing posts with label M. Perkara-perkara makruh (detestable). Show all posts

Wednesday, July 4, 2007

Mandi Tanpa Seutas Benang hukumnya...



Segala puji bagi Allah yang memelihara kerajaan langit dan bumi dan khazanah-khazanah yang ada di antara keduanya. Luas satu rahmatnya ialah jarak di antara langit dan bumi dan rahmatNya lebih besar daripada kemurkaanNya. Allah, Dialah yang Maha Penyayang. Tidak ada sesuatu perkara yang lepas dari pemerhatianNya.

Sebagaimana yang kita maklum, salah satu perkara yang menjurus kepada kebersihan ialah mandi, baik mandi wajib, mandi sunat dan sebagainya. Mandi apapun yang hendak dikerjakan, kita hendaklah mengetahui cara mandi yang sempurna. Barangkali, perkara yang mungkin kita tidak sedari ialah samaada mandi kita itu sah (diterima) atau tidak. Perkara ini hendaklah diambil perhatian kerana jika sekiranya seseorang itu tidak mengerjakan mandi, seperti mandi wajib dengan sempurna, maka, semua amal ibadat yang dilakukannya tidak akan diterima oleh Allah malahan, murka pula yang dilimpahi. Wallahu'alam (Hanya Allah yang lebih mengetahui).

Perkara yang mesti kita sedari tentang mandi ialah tempat mandi di khalayak ramai ataupun tidak. Telah disabdakan oleh Rasulullah saw bahawa seburuk-buruk tempat di dalam rumah ialah jamban. Ini kerana, jamban ialah tempat bagi kita melakukan qada hajat dan sebagainya. Dan jamban ialah tempat (tidur dan sebagainya) tinggal syaitan. Oleh kerana itu kita tidak digalakkan berada di dalam jamban semasa azan sedang dilaungkan kerana syaitan akan berlari masuk ke dalam jamban apabila saja azan kedengaran.

Oleh kerana jamban adalah rumah bagi syaitan, kita hendaklah memastikan badan kita terbuka dan memastikan kita membaca doa sebelum melangkah masuk ke dalam jamban. Sebagai contoh, kita boleh membiasakan diri perkara-perkara yang dilakukan oleh Nabi kesayangan kita seperti melangkah masuk dengan menggunakan kaki sebelah kiri dan keluar dengan kaki sebelah kanan ataupun kita boleh sekurang-kurangnya membaca Audzubillah hi minash shaitan nirrajeem (Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang terkutuk) dan membaca Alhamdulillah (Segala Puji bagi Allah) apabila keluar daripada jamban. Mungkin ada yang akan bertanya apa halnya jika kita hendak melangkah masuk ke kamar mandi (yang tidak mempunyai jamban). Adab yang sama boleh dipakai kerana kamar mandi lebih kurang sama seperti jamban kerana kamar mandi adalah tempat yang dikira sebagai tempat kita membuang kotoran seperti daki, mencukur dan sebagainya. Syaitan suka kepada benda yang kotor walhal Allah hanya menerima benda yang suci.

Jadi, hukum mandi dalam keadaan telanjang bulat adalah makruh kerana jika seseorang mandi dalam keadaan bogel, ini akan melambangkan seseorang itu tidak ada perasaan malu dan mungkin akan terbawa-bawa ke perkara yang lain. Allah suka kepada orang yang malu kerana ini menunjukkan seseorang yang sentiasa berwaspada dengan keadaan sekililingnya walaupun dalam keadaan bersendirian. Nabi kita sendiri seorang yang sangat pemalu sehingga ada hadis yang meriwayatkan bahawa perasaan malu Nabi kita mengalahkan anak dara sunti. Malu juga adalah salah satu daripada intipati iman.

Banyak adab-adab yang kita mesti ketahui semasa masuk ke jamban adalah banyak dan sebahagian daripadanya adalah seperti yang akan disebutkan. Penggunaan selipar atau alas kaki semasa berada dalam jamban. Hukum bagi masuk ke jamban / bilik mandi tanpa alas kaki adalah makruh hukumnya. Seperti yang sudah kita ketahui, jamban adalah tempat yang kotor dan jika seseorang itu keluar dari jamban, walaupun tidak nampak, tapi besar kemungkinan, kotoran atau najis mungkin akan tersebar di dalam rumah dan ini akan membuat setan gembira kerana dia mempunyai lebih “tempat” untuk menjalankan hasutannya. Dan lagi, mengenai penggunaan air semasa di dalam jamban dan semasa mandi. Hukum menggunakan air secara berlebihan adalah makruh kerana Allah tidak suka kepada orang yang tidak menghargai pemberianNya dan satan sangat suka orang yang membazir dari apa segi jua pun.

Lagi satu perkara yang kita kadang-kadang tidak sedari ialah mandi semasa berada di kawasan umum seperti kolam renang, pantai dan sebagainya. Hendaklah diketahui bahawa Islam melarang umatnya membuka aurat di hadapan orang ramai apalagi di hadapan orang yang tidak dikenali kerana menutop aurat adalah wajib bagi setiap orang Islam yang berakal. Akhir-akhir ini terdapat banyak cara orang yang bukan Islam coba untuk memesongkan akidah umat Islam dengan mempamerkan aksi-aksi dan adengan-adengan yang membuat orang Islam terikut-ikut dengan budaya barat. Sebagai contoh, kita boleh perhatikan banyak terdapat filem-filem yang beransurkan pantai serta keadaannya sekililing dan selalunya, para pelakonnya akan tidak lepas dari memakai swimming suit/tops/bathing sui/bikini. Kita sebagai orang Islam hendaklah berhati-hati kerana kita mungkin hanya sekadar “melihat” sahaja tapi besar kemungkinan dan tanpa disedari, kita akan perlahan-lahan hanyut dibuai alunan barat yang sesat. Islam melarang tegas umatnya membuka aurat terutama sekali kepada yang bukan mahram (lelaki ataupun perempuan) kerana melihat aurat wanita atau lelaki lain adalah zina. Maksiat ini dipanggil dengan zina mata, kerana seseorang yang ada penyakit dihatinya akan menggambarkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Di dalam Al Qur’an, Allah SWT telah memberi amaran kepada hamba-hambaNya untuk tidak menghampiri zina:

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah saru perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan) [Al-Isra:32]

Oleh itu, kita hendaklah sentiasa peka tentang apa yang kita perhatikan, apa yang kita lakukan dan apa yang kita fikirkan agar kita sentiasa dalam jagaan Allah kerana walau seribu tentara yang menjaga kita tapi tanpa restu dari Tuhan, ianya akan menjadi tidak bermakna sedikit pun. Dengan kata lain, kita hendaklah coba untuk menjaga maruah diri kita agar kita tidak dipadang rendah oleh manusia apa lagi di mata (pandangan) Allah. Ingatlah bahawa malu itu separuh daripada IMAN. . .


Read On......

Friday, June 1, 2007

Makruh semasa solat

  1. Menaruh telapak tangannya di dalam lengan bajunya ketika takbiratui ihram, ruku' dan sujud
  2. Menutup mulutnya rapat-rapat
  3. Terbuka kepalanya
  4. Bertolak pinggang
  5. Memalingkan muka ke kiri dan ke kanan
  6. Memejamkan mata
  7. Menengadah ke langit
  8. Menahan hadas
  9. Berludah
  10. Mengerjakan solat di atas kubur
  11. Melakukan hal-hal yang mengurangi kekhuysukan solat

Read On......

Saturday, May 26, 2007

Harum Vs Berbau (bau asem/mulut..)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Kebersihan boleh dibahagikan kepada dua bahagian; zahir dan batin. Kebersihan zahir ialah kebersihan yang boleh kita lihat dengan mata kasar seperti baju, seluar, kasut sebagainya. Kebersihan batin ialah kebersihan yang tidak dapat dilihat dengan padangan mata kasar seperti hati. Islam mengajar umatnya untuk mengambil tentang kebersihan kerana kebersihan itu mendekatkan kita kepada Allah kerana Allah itu bersifat suci, suka kepada kebersihan.

Kebersihan boleh menyebabkan seseorang itu disukai. Ini kerana jika seseorang itu sentiasa mengambil berat tentang kerbersihan dirinya, orang yang berada disekelilingnya akan berasa mesra dan senang bila berinteraksi. Akan tetapi, kita perlu berwaspada kerana dizaman moden yang serba canggih ini, kita akan berjumpa dengan orang yang perpakaian mengalahkan tokeh jual pasir atau batu kelikir kerana orangnya mungkin bersikap sombong, angkuh, ria dan berbagai lagi penyakit hati yang mengheret orang itu masuk ke dalam neraka jahannam. Seperti firman Allah SWT:
Janganlah kamu berkelakuan sombong terhadap manusia, dan janganlah juga kamu menjelajah dimuka bumi dengan bermegah megah. Sesungguhnya Allah tidak suka orang orang sombong yang menunjuk nunjuk. [Luqman: 18]

Satu perkara yang mesti kita ingat lagi, orang yang berpakaian selekeh (tidak teratur) tidak bermakna orang itu hatinya busuk. Apa yang ingin saya sampaikan disini ialah orang yang tidak bersih (kotor), besar kemungkinan akan membuat seseorang tidak merasa senang dengan keadaannya, baunya, kuku yang bertahi/panjang, dan sebagainya. Kita perlu mengingat bahawa para malaikat tidak suka orang yang tidak harum (berbau), apalagi semasa menghadap Tuhan (sembahyang). Seperti sabda Rasulullah saw:

“Barangsiapa yang memakan bawang putih, bawang merah, dan makanan tidak sedap lainnya, maka jangan sekali-kali ia mendekati (memasuki) masjid kami, oleh karena sesungguhnya para malaikat terganggu dari apa-apa yang mengganggu manusia.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Jadi, hukum orang yang sembahyang didalam keadaan berbau adalah makruh seperti hadis diatas. Antara sebab lain kenapa ia makruh ialah, ia akan membuat orang sekeliling kita tidak senang terutama sekali semasa berada dalam jemaah. Oleh itu, kita sebagai umat Islam, hendaklah memastikan yang kita sentiasa dalam keadaan bersih agar Allah sayang kepada kita, insyaAllah.

Wallahu'alam

Read On......

Friday, May 25, 2007

Pengenalan (Introduction)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sepertimana yang kita ketahui, Islam mempunyai 5 (lima) hukum iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Kelima-lima hukum ini berkait rapat dengan apa yang kita lakukan seharian. Kita sebagai manusia yang serba kekurangan dan alpa hendaklah mengetahui dengan secara terperinci tentang hukum-hukum tersebut. Salah satu sebab kenapa saya mengambil keputusan untuk membuat artikel ini ialah demi kemashalatan kita bersama. Saya juga ingin menekankan betapa pentingnya mengetahui hukum-hukum sesuatu perkara. Semoga Allah membimbing kita ke jalan yang direstuiNya.


Wajib ialah sesuatu yang mesti dikerjakan oleh setiap orang yang beragama Islam seperti sembahyang lima waktu. Perkara sunat ialah perkara-perkara yang dilakukan oleh Nabi kesayangkan kita Nabi Muhammad saw seperti bersiwak (berus gigi) dan membaca basmallah sebelum melakukan sesuatu perkerjaan. Perkara-perkara harus ialah sesuatu perkerjaan yang jika dilakukan tidak mendapat pahala dan tidak mendapat dosa seperti seorang gadis/lelaki berdoa agar dirinya segera dipertemukan jodoh dan mengharap dikurniakan seorang suami/isteri yang soleh. Haram ialah perkara-perkara yang mendatangkan dosa. Seperti perkara yang telah dilarang dalam agama Islam seperti membuka aurat, zina, judi, minum arak dan riba.


Makruh mengikut
jumhur ulama’ bermaksud tanzihiyyah, iaitu sesuatu yang patut dielakkan[1]. Seperti makan dari mangkuk yang sumbing/pecah dan mandi telanjang. Sebenarnya, banyak perkara-perkara yang makruh yang tidak kita sedari atau jahil mengenainya. Pada pemahaman saya pula, perbuatan makruh ialah semua perkara yang dibenci oleh Allah seperti bencinya Allah kepada mereka yang menjatuhkan talak tanpa alasan yang munasabah. Kita hendaklah sedar jika kita tidak mengelak diri kita dari membuat perkara-perkara yang makruh, ianya akan memudaratkan kita. Makan dari mangkuk yang pecah/sumbing akan mendedahkan kita kepada bahaya dari termakan serpihan kaca yang ada dan sebagainya. Allah telah melarang kita daripada melakukan perkara-perkara yang makruh dengan sebab. Ini menunjukkan betapa sayangnya Allah kepada hamba-hambaNya. Allah benci orang yang menganiaya diri sendiri dan yang membuat kerosakan. Seperti firman Allah SWT:


Orang-orang Yahudi berkata, "Tangan Allah terbelenggu." Yang terbelenggu ialah tangan-tangan mereka, dan mereka dilaknati kerana apa yang mereka mengatakan. Tidak, tetapi tangan-Nya terjulur; Dia menafkahkan sebagaimana yang Dia mengkehendaki. Dan apa yang diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu akan menambah kepada kebanyakan antara mereka, dalam kelampauan batas, dan ketidakpercayaan; dan Kami melemparkan di kalangan mereka, permusuhan dan kebencian, sampai Hari Kiamat. Setiap kali mereka menyalakan api untuk perang, Allah memadamnya. Mereka berusaha di bumi untuk membuat kerosakan padanya; dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerosakan
[Al-Maidah: 64. ]


“Dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.” [Al-Imran: 135].


Oleh itu, sebagai umat Islam, kita sepatutnya lebih prihatin dan coba untuk menggelak daripada melakukan perkara-perkara yang dibenci oleh Allah SWT.

Read On......